Semalam, Honda HR-V (Honda Vezel) 2021 serba baharu telahpun dilancarkan di Jepun secara rasmi. Tanpa melengahkan masa, Mugen telahpun menyiapkan aksesori untuk Honda HR-V yang didatangkan oleh hasil sentuhan mereka sendiri.
Pertamanya, pembeli ditawarkan dengan set gaya yang diperlihatkan oleh tambahan skirting depan dan sisi yang lebih unik. Malah di belakang, kit Mugen ini tampil dengan spoiler kedua di bahagian yang lebih rendah.
Antara perkakas tambahan yang boleh dipilih oleh pembeli adalah seperti:
Spoiler yang lebih besar ataupun kecil
Sisik di cermin sisi
Kemasan trim di gril depan
Lencana Mugen di belakang
Lencana Mugen di sisi
Corong ekzos kembar jenis stainless steel dengan bahan titanium
Melengkapi aksesori Mugen ini adalah pilihan rim aluminium CU10 dan MDW yang bersaiz 18 inci, nat roda pelbagai pilihan, dan door visor.
Dari segi trenkuasa, Mugen tidak memberikan sebarang pengubahsuaian. Namun demikian, Mugen tetap menawarkan komponen alat ganti yang berpestasi tinggi. Antaranya seperti penapis udara dari teknologi kereta lumba Super GT dan Super Formula yang menjanjikan 10% aliran yang lebih baik. Pada masa yang sama, mereka turut menjual minyak pelincir dan penapis minyak Mugen yang berprestasi tinggi.
Untuk bahagian dalam pula, Mugen mendatangkan Honda HR-V dengan kombinasi karpet merah dan hitam ataupun merah penuh, sekali dengan bahagian lantai but belakang. Di samping itu, mereka turut menawarkan aksesori seperti pelindung bukaan pintu dan pelindung tempat masuk.
Tidak cukup dengan itu, pembeli boleh mendapatkan pelbagai lagi aksesori Mugen seperti:
Penutup corong mengisi minyak
Cermin sisi jenis hidrofilik
Bahagian plat nombor jenis karbon dengan skru unik
Pelindung pemegang pintu
Lencana Mugen dari bahan logam
Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada askesori Mugen ini bakal masuk Malaysia ataupun tidak. Untuk itu, ikuti kami untuk segala berita menarik mengenai Honda HR-V serba baru.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Anda telah menilai artikel ini sebagai
Apa pendapat anda tentang artikel ini?
Penilaian anda akan bantu kami perbaiki kualiti topik
3