window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Haris Ā· Apr 22, 2021 08:00 PM

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 01

Kurang lebih 2 bulan sahaja sejak pratonton awal Honda HR-V 2021 generasi RV, Honda secara rasminya melancarkan Honda HR-V 2021 terbaru ini di Jepun, di mana ia lebih dikenali dengan nama Honda Vezel.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 02

Harga bagi Honda HR-V 2021 serba baru ini bermula dari JPY 2.279 juta (~ RM 87k) untuk varian G (varian pengenalan) hingga JPY 3.298 juta (~ RM 125k) untuk varian e: HEV Play yang paling atas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang terbaru dengan Honda HR-V?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 01

Kini pada generasi ketiga, Honda HR-V diperbaharui sepenuhnya. Kod model untuk generasi baru ini adalah RV, menggantikan generasi sebelum ini iaitu Honda HR-V generasi RU.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 02

Bahagian depan mirip dengan rekaan Mazda moden dengan lampu LED nipis yang mengelilingi gril trapezoid bahagian hadapan. Ia juga mempunyai sisipan lampu kabus depan LED yang kemas di bahagiah sisi.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 03

Pada bahagian sisi, Honda HR-V serba baru mengekalkan rekaan SUV 3 pintu, termasuklah pembuka pintu baris kedua yang tersembunyi.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 04

Dari segi ukuran jarak roda, varian G dan e:HEV X menggunakan rim 16 inci, sementara varian e:HEV Z dan e:HEV Play mengenakan rim 18 inci.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 05

Lower-spec e:HEV X shown

Pada bahagian belakang, Honda HR-V serba baru ini menerima kemaskini reka bentuk yang lebih ramping, dengan jalur cahaya mendatar besar menghubungkan kedua-dua lampu belakang LED.

Lebih besar daripada Honda HR-V lama?

Walaupun kelihatan seperti model yang jauh lebih besar, Honda HR-V serba baru sebenarnya lebih pendek daripada model lama. Model serba baru juga kurang tinggi berbanding model generasi RU. Lihat jadual perbandingan di bawah.

Dimensi
Dimensions / HR-V Serba baru (RV) Lama (RU)
Panjang (mm) 4,330 4,334
Lebar (mm) 1,790 1,772
Tinggi (mm) 1,580 1,605
Jarak Roda (mm) 2,610 2,610

Bagaimana dengan rekaan kabin dalaman?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 06

Bahagian dalam Honda HR-V generasi RV ini juga telah dikemaskini sepenuhnya, kelihatan lebih bersepadu daripada model keluar.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 07

Terletak pada bahagian tengah adalah paparan infotainment gaya terapung dengan sistem telematik Honda Connect. Ia juga menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Bilangan pembesar suara adalah sebanyak 4 hingga 8, bergantung pada varian.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 08

Semua varian Honda HR-V serba baru menerima kawalan penyaman udara digital, lampu LED kabin dan tempat duduk belakang dengan lipatan nisbah 60:40. Sementara itu, varian atas menambah kelengkapan seperti kemasan kerusi 2 tona, moonroof panorama, pengecas nirwayar Qi dan pemanas tempat duduk.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 09

Tidak dilupakan juga adalah ia ditawarkan dengan tempat duduk Ultra Seat yang meningkatkan lagi tahap praktikaliti SUV moden ini.

Bagaimana dengan ciri keselamatan?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 10

Untuk pasaran Jepun, semua varian termasuk suite ADAS Honda Sensing, yang merangkumi barang-barang seperti Collision Mitigation Braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist System (LKAS), dan Auto High Beam (AHB).

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 11

Fungsi seperti Blind Spot Monitoring (BSM) disertakan pada varian e:HEV Z dan e:HEV Play. Honda HR-V serba baru pasaran Jepun ini tidak dilengkapi kamera Honda LaneWatch, suatu fungsi yang biasa ada pada pasaran Malaysia.

Penambahan pada aspek trenkuasa?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 12

Honda HR-V serba baru dengan spesifikasi Jepun mendapat 2 pilihan enjin semasa dilancarkan. Yang pertama adalah enjin 1.5 liter (L15Z) NA petrol yang menggunakan 118 PS dan 142 Nm dipadankan dengan jenis transmisi CVT automatik.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 13

e:HEV 4WD 

Pilihan kedua adalah sistem hibrid petrol-elektrik Honda e:HEV yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter dengan motor elektrik. Enjin petrol menjana 106 PS dan 127 Nm, sementara motor elektrik memberi tambahan 131 PS dan 253 Nm. Transmisi E-CVT memberikan kuasa ke roda depan atau keempat-empat roda, bergantung pada spesifikasi.

Berapa varian yang ditawarkan?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 14

Ketika pelancaran, Honda menawarkan 4 varian Honda HR-V serba baru untuk pasaran Jepun iaitu varian G, e:HEV X, e:HEV Play dan e:HEV Z.

Adakah ia akan ditawarkan di Malaysia?

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 15

Masih belum ada maklumat yang mampu mengesahkan kehadiran Honda HR-V ke pasaran Malaysia kerana ia kekurangan panduan yang jelas. Hal ini kerana harganya bakal menjadi sedikit mahal berbanding model generasi sekarang (yang masih ada di Malaysia). 

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 16

Seperti yang diterangkan, Honda HR-V serba baru jauh lebih canggih berbanding model sekarang justeru harganya yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, ia boleh melangkau Malaysia jika dilihat terlalu mahal untuk asas pelanggan Honda di Malaysia, terutamanya dengan kelebihan cukai yang dinikmati oleh Proton X50 dan Perodua Ativa.

Kemungkinan kedua adalah Honda HR-V serba baru masih boleh ditawarkan di Malaysia dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal! 17

Harga bagi Honda HR-V sekarang adalah sekitar RM 104k hingga RM 119k. Jelas di sini, harga Honda HR-V generasi baharu akan jauh lebih tinggi dan mungkin akan mencecah harga Honda CR-V. Sebagai rujukan, Honda CR-V berharga antara RM 140k hingga RM 163k.

Disebabkan oleh perbezaan harga Honda HR-V serba baru itu, kami berpendapat bahawa Honda Malaysia mungkin akan mengisi jurang itu dengan Honda WR-V, sebuah lagi SUV terbaharu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda