Honda
Should I get a 2018 Civic Type R? Share eye candy a bit.
77
Sekumpulan lelaki yang memandu sebuah Honda Civic secara laju di sekitar kawasan perumahan Jalan Sungai Jati, Klang naik angin apabila kelakuannya ditegur. Disebabkan bengang, mereka bertindak menyerang rumah penegur dengan menggunakan kayu dan topi keledar. Malah, mereka turut membaling batu dan botol kaca ke dalam rumahnya.
Kesannya, seorang mangsa yang berumur 37 tahun mengalami luka di kaki kiri. Adiknya yang menegur pula mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.
Menurut Ketua Pois Daerah Klang Selatan, tiga suspek ditahan di lokasi kejadian. Lima lagi berjaya ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah. Untuk maklumat anda, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 ke 30 tahun. Menariknya, dua daripada suspek adalah adik-beradik.
Honda Civic tersebut sekali dengan sebuah motosikal jenis Yamaha dan dua topi keledar berwarna biru turut dirampas. Hasil siasatan awal mendapati bahawa tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Salah seorang daripada suspek turut mempunyai 13 kes lampau. Tidak cukup dengan itu, salah satu daripada mereka mempunyai 2 rekod dadah.
Apapun, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11