window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900!

Khairil ยท Jun 10, 2021 09:00 AM

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 01

Tidak lama sejurus Triumph Speed Twin 2021 dilancarkan di peringkat global, jentera bergaya retro berprestasi tinggi yang dinaiktaraf itu kini sudah boleh ditempah di pasaran tempatan.

Juga baca: Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu!

Seperti pasaran global, pengedar rasminya di Malaysia, Fast Bike Sdn. Bhd. turut membawa tiga pilihan warna iaitu Jet Black (standard), Matt Storm Grey dan Red Hopper (premium).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 01

Untuk pilihan warna Jet Black, harga yang ditawarkan ialah RM 77,900 manakala RM 78,900 untuk pilihan warna Matt Storm Grey dan Red Hopper.

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

Seperti diketahui, Triumph Speed Twin 2021 mendapat pelbagai naik taraf yang signifikan berbanding versi sebelum ini.

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 02

Menggunakan enjin bersesaran 1200 cc, Parallel Twin, trenkuasa yang sama digunakan model Bonneville, selain ia kini patuh piawaian emisi Euro 5, ia kini menghasilkan lebih kuasa iaitu 98.6 Hp pada 7,250 rpm dengan tork 82.6 Nm pada 4,250 rpm.

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 03

Sistem transmisi pula adalah 6 kelajuan bersama dengan teknologi multi-plate torque assist clutch.

Selain didakwa lebih responsif dan lebih mengujakan untuk ditunggang, Triumph turut mempertingkat tahap pengendalian Speed Twin 2021 menerusi penggunaan fork depan USD 43 mm dari jenama Marzocchi. Suspensi belakang juga menawarkan ruang lega 120 mm dan tampil dengan preload boleh laras.

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 04

Sistem brek pula menggunakan Brembo M50 4-piston radial monobloc dwi-cakera 320 mm di bahagian depan dan kaliper apung Nissin 2-piston cakera tunggal 220 mm di bahagian belakang dan dilengkapkan dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 05

Jet Black

Seperti motosikal moden lain, ia turut datang dengan 'Switchable Traction Control', tiga mod kawalan tunggangan, 'Road, Rain, Off-Road', 'Torque-Assist Clutch', penggunaan lampu LED penuh termasuk lampu siang DRL, sistem immobilizer dan caj pengecas USB.

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 06

Red Hopper

Dari sudut roda pula, ia menggunakan rim aluminium tetuang 17 inci yang dibalut tayar Metzeler Racetec RR.

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 07

Red Hopper

Kepada yang berminat, Fast Bike Sdn Bhd turut menawarkan sesuatu yang istimewa bagi setiap tempahan yang dibuat sebelum tarikh 15 Julai 2021.

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Triumph Speed Twin 2021 sudah boleh ditempah di Malaysia, 3 pilihan warna, harga bermula RM 77,900! 08

Antaranya adalah penawaran servis minyak pelincir percuma sebanyak dua kali, tawaran diskaun 35 % untuk pembelian aksesori dan juga satu pilihan bagi pakej aksesori percuma daripada tiga pilihan yang disediakan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda