window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

Khairil ยท Feb 19, 2021 04:00 PM

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 01

Persaingan dalam segmen 'Naked' bike di pasaran tempatan bertambah dengan kehadiran Triumph Trident 660 2021.

Selepas pelancarannya secara global pada Oktober tahun lalu, seperti dijanjikan jentera yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik itu akhirnya tiba dan dengan harga yang cukup kompetitif bermula RM 43,900.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga berkenaan adalah bagi varian warna solid iaitu Crystal White dan Sapphire Black manakala bagi pilihan warna premium, ia datang pada tanda harga RM 44,900 dengan dua pilihan Matt Jet Black/Silver Ice dan Silver Ice Diablo Red.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 01

Bersaing dalam segmen yang turut diisi Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07, kekuatan Triumph Trident 660 2021 bukan saja datang daripada reka bentuknya yang menarik dan sporty, namun kuasa yang dihamburkan enjinnya.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 02

Dikuasakan enjin bersesaran 660 cc, Penyejuk Cecair, 12 Injap, DOHC, 3 Silinder Sebaris yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum 80 Hp pada 10,250 rpm dengan tork 64 Nm pada 6,250 rpm.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 03

Selain turut dilengkapi sistem assist & slipper clutch, Triumph Trident 660 2021 turut datang dengan dua mod tunggangan iaitu Road dan Rain, switchable traction control’ dan sistem Ride by Wire. Semua ciri-ciri berkenaan kebiasaannya hanya boleh ditemui pada model motosikal lebih premium.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 04

Bagi tunggangan yang lebih meyakinkan, suspensi depan Triumph Trident 660 2021 menggunakan fork daripada ‘Showa 41 mm upside down separate function forks (SFF)’, manakala suspensi belakang menggunakan ‘Showa monoshock RSU with preload adjustment’.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 05

Sistem brek pula menggunakan jenama Nissin dengan cakera depan berkembar bersaiz 310 mm di bahagian roda depan dan cakera belakang tunggal 255 mm, bersama sistem ABS dua saluran.

Selain itu, jentera ini turut didatangkan dengan tayar jenis Michelin Road 5 yang bersaiz 120/70-R17 di bahagian roda depan dan 180/55-R17 di bahagian belakang.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 06

Selain itu, antara informasi lain adalah ia menggunakan panel meter instrumen TFT berwarna pelbagai fungsi, sistem lampu LED penuh, tangki bahan api 14 liter, ketinggian pelana 805 mm dengan berat basah 189 kg.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 07

Silver Ice Diablo Red

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 08

Matt Jet Black/Silver Ice

Sebagai tambahan, Triumph turut menyediakan 45 pilihan aksesori yang direka khusus bagi Triumph Trident 660 2021 kepada sesiapa yang berminat.

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 09

Sapphire Black

Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900 10

Crystal White

Kepada yang berhasrat mendapatkan jentera hebat ini, Triumph turut memberikan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan dengan jarak selang servis 16,000 km.

Tempahannya sudah pun dibuka dan model berkenaan boleh dilihat di bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia bermula esok.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda