4 das tembakan oleh pasukan polis terpaksa dilepaskan ke arah sebuah Perodua Myvi yang cuba melarikan diri. Insiden yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang itu bermula apabila suspek mencurigakan yang berusia 46 tahun itu melarikan diri dari ditahan polis yang buat rondaan pagi sampaikan merempuh seorang warga emas yang berusia 61 tahun sehingga mati terus di tempat kejadian.
Setelah berjaya ditahan, pemeriksaan pada badan suspek telah menemukan tiga paket dadah jenis Heroin AB seberat 13 gram.
Suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu didapati mempunyai 16 rekod jenayah lampau yang mana 14 daripadanya melibatkan kesalahan yang berkaitan dengan dadah.
Siasatan lanjut mendapati bahawa Perodua Myvi tersebut didaftarkan di bawah syarikat sewa kenderaan yang beralamat di Jalan Sg Tiram 3, Bayan Lepas.
Mengenai suspek yang memakai jaket tertera berlogo pejabat perwakilan sebuah negara jiran, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan yang terperinci.
Apapun, kes termaktub di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Sumber: Berita Harian Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}