Mamak Talk
Diorama With Cars Is A Fun Hobby
145
Daihatsu Motor Co., Ltd. telah mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di salah sebuah kilangnya untuk beberapa hari bulan Julai 2021 disebabkan oleh kekurangan komponen. Hal ini telah berada di dalam jangkaan Daihatsu dan pelan perancangan telah dirangka lebih awal.
Hanya 1 sahaja kilang yang terjejas iaitu kilang nombor 2 Daihatsu Shiga (Ryuo). Kilang ini akan ditutup selama dua hari, iaitu pada 12-Julai dan 19-Julai 2021. Kilang-kilang Daihatsu yang lain didapati tidak terjejas.
Daihatsu Rocky dan Toyota Raize dikeluarkan oleh kilang yang ditutup ini. Selain itu, ia turut mengeluarkan Daihatsu Tanto, Chiffon, dan Move Canbus.
Pengeluar Jepun mempunyai pelan perancangan pengeluaran yang sangat rapi berikutan daripada budaya kerja mereka yang teliti. Ketepatan jangkaan pengilang di Jepun juga sangat jitu, oleh itu penutupan 2 hari tersebut bermakna kesemua risiko dan langkah terakhir sudah diambil kira.
Untuk lebih kisah mengenai perancangan rapi, ikuti juga kisah Toyota yang sangat teliti merancang sehingga mampu menangani masalah kekurangan bekalan ini dengan jayanya.
Baca Lagi:
PKP 3.0 takkan seteruk ini jika Malaysia berfikiran seperti Toyota. Apa kaitannya?
Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
16