Mamak Talk
After going through Wapcar information sites. i had booked this VW Tiguan 1.4TSI I am happy with the Vehicle Configuration. 😊
27
Volkswagen Golf Mk8 kini telah tiba di Australia. Ketika pelancaran, hot hatch ini ditawarkan dalam 7 varian yang merangkumi 2 model wagon dan varian prestasi GTI.
Tidak cukup dengan itu, varian VW Golf Mk8 dijangka akan dikembangkan kepada 8 atau 9 varian apabila model Golf R turut menyertai barisan model Volkswagen Golf.
Volkswagen Group Australia (VGA) mengumumkan bahawa kelebihan model Golf generasi baharu adalah kelengkapan standard dari suite IQ.Drive, sistem bantuan pemandu (ADAS) yang merangkumi:
Selain daripada varian GTI paling atas, VW Golf Mk8 pasaran Australia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.4 liter bercaj turbo yang mampu mengeluarkan output kuasa sebanyak 150 PS dan 250 Nm.
Bergantung pada varian, pilihan transmisi tertakluk kepada manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.
Untuk model VW Golf GTI pula, pilihan khusus tampil dengan enjin 4-silinder 2.0 liter bercaj turbo (245 PS, 370 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.
Harga bagi Volkswagen Golf Mk8 pasaran Australia bermula dari AUD 29,350 (RM 91,230) hingga AUD 53,100 (RM 165,053).
Kebanyakan pasaran pemanduan kanan (RHD) untuk VW Golf Mk8 telah ditangguhkan kerana masalah perisian dalam sistem infotainment. Masalah ini menangguhkan pelancaran model RHD tetapi perlahan-lahan ia diatasi dan mula memasuki pasaran masing-masing.
Selepas pelancaran di pasaran UK, negara-negara RHD lain seperti Jepun, Australia dan Singapura pula turut melancarkan Golf Mk8 secara rasmi. Oleh itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Malaysia berada dalam senarai seterusnya.
Maklumat awal yang diterima untuk Malaysia adalah VW Golf GTI Mk8 akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang.
Perancangan awal untuk pelancaran VW Golf Mk8 di Malaysia adalah pada suku kedua tahun 2021. Walaubagaimanapun, perancangan tersebut nampaknya ditunda disebabkan oleh pandemik yang tidak berkesudahan.
Bacaan Lanjut:
Bermula pada RM 390,000, Volkswagen Golf Mk8 sah dilancarkan di Singapura!
VW Golf Mk8 bakal dilancarkan pada negara pandu kanan - Malaysia suku ke-2 2021!
VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Living with Cars
Spanish Chic A SEAT Ateca was spotted sat quietly in front of a restaurant in KL. It is a Spanish SUV based off Volkswagen's MQB A1 platform, hence it resembles VW stablemate that includes VW's very own Tiguan and Skoda Karoq. Modular platforms like the MQB and MLB allows car manufacturers to save time and cost in the research and development cycle and create more product variation simultaneously.
13
83
7