window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660!

Khairil ยท Jul 8, 2021 11:00 AM

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 01

Aprilia sedang bersedia untuk mengeluarkan notis panggil balik (recall) kepada hampir 700 pemilik Aprilia RS660 dan Tuono 660 model 2020/2021 seluruh dunia susulan isu bunyi gegaran 'abnormal' dalam enjin.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Sekalipun RS 660 dan Tuono 660 memperoleh maklumbalas yang baik, kelemahan terhadap komponen 'connecting rod' dalam enjin berkemungkinan memaksa jenama dari Itali itu membuat tindakan drastik berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 01

Aprilia RS 660

Komponen berkenaan tidak dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak kilang yang boleh membawa kepada kegagalan enjin.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, Aprilia bukan saja akan menggantikan 'connecting rod' yang rosak, namun menukar keseluruhan enjin tanpa sebarang bayaran kepada pelanggannya.

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 02

Aprilia Tuono 660

 

Susulan notis berkenaan juga, Aprilia juga dikatakan akan memperbaharui tempoh jaminan terhadap motosikal yang terbabit.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Aprilia dikatakan akan menghubungi pembeli RS dan Tuono 660 yang terkesan dengan isu berkenaan dengan agensi Amerika Syarikat, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) juga masih belum mengeluarkan notis.

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 03

Berdasarkan dokumen NHTSA yang terdedah, pemilik motosikal berkenaan menunggang pada kelajuan 75 mph (120 kmj) sebelum 'kenderaan itu mula mengeluarkan bunyi gegaran yang abnormal dan lampu amaran turut menyala'.

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 04

Pengedar Aprilia tempatan mengesahkan bahawa kerosakan 'connecting rod' mengakibatkan kegagalan enjin dan dengan 1,400 batu (2,253 km) perbatuan di odometer,  Aprilia akan memperbaiki unit berkenaan di bawah jaminan kilang.

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 05

Berikutan belum ada penarikan balik rasmi yang dikeluarkan di AS, pemilik boleh memeriksa status RS 660 atau Tuono 660 mereka menerusi carian nombor VIN Aprilia.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 06

Begitupun, berita baik buat pemilik motosikal berkenaan di Malaysia, memetik laporan paultan.org, sumber dari Noale memberitahu unit yang dibekalkan kepada rantau Asia Tenggara iaitu sebanyak 89 unit tidak terbabit.

Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660! 07

Daripada nombor VIN yang terbabit dalam pemberitahuan berkenaan, tiada satu pun daripada 30 unit RS 660 yang dijual di Malaysia terkesan manakala Tuono 660 baru saja dilancarkan, bulan lalu.

Sumber: Rideapart

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda