Mamak Talk
Owner Review: The heritage hot hatch - My Volkswagen Golf GTI Mk. 7
65
Volkswagen Group Japan (VGJ) telah melancarkan model flagship Volkswagen Arteon 2021 facelift, hari ini berserta model Volkswagen Arteon Shooting Brake terbaru.
Model sedan ‘fastback’ itu dijual dengan harga bermula dari JPY 5,679,000 (~RM 215,696) hingga JPY 6,246,000 (~RM 237,231). Manakala model Shooting Brake bermula dari JPY 5,879,000 (~RM 223,292) hingga JPY 6,446,000 (~RM 244,827).
Bagi kedua-dua penggayaan badan ini, tiga jenis varian ditawarkan iaitu TSI 4Motion R-Line, TSI 4Motion R-Line Advance, dan TSI 4Motion Elegance.
Padan dengan namanya, Arteon Shooting Brake ialah model versi wagon dengan penggayaan ‘hatch’ lebih membulat di bahagian belakang. Ini ialah kali pertama model ini diperkenalkan di Jepun.
Lebih kurang sama model yang akan tiba di Malaysia pada Jumaat nanti, Arteon facelift spesifikasi Jepun ini menampilkan rekaan baru pada bahagian hadapan dan belakang kereta. Bampar hadapan direka semula berserta jejaring baru dan lampu LED berintegrasi.
Arteon facelift ini juga menampilkan rekaan lampu brek baru berserta corong ekzos berbentuk trapezoid yang direka semula.
Arteon facelift ini juga menampilkan rekaan ‘dashboard’ baru yang diperkemaskan untuk ruang dalaman lebih moden. Bergantung kepada varian yang dipilih, pembeli akan menerima panel dengan kemasan samada kayu (Elegance) atau aluminium (R-Line) pada separuh bahagian bawah ‘dashboard’.
Sarung kerusinya juga diperbaharui dengan kemasan kulit Nappa.
Selain dari itu, pencahayaan ambien 30-warna serta kluster instrument digital bersaiz 10.25 inci dipanggil Digital Cockpit Pro didatangkan standard bagi semua varian.
Ruang kabin lebih mewah dengan tambahan pilihan 11 ‘speaker’ bertetapan bunyi ‘surround’ Harman Kardon 700 Watt.
Sistem bantuan pemanduan (ADAS) juga dilengkapi dengan ‘Travel Assist’ sebagai standard. Kelengkapan istimewa ini menggabungkan fungsi ‘adaptive cruise control’ (ACC) dan ‘lane keep assist’ (LKA) bagi memberi kawalan pemacuan, brek, dan stereng kepada pemandu.
Arteon facelift ini dikuasakan dengan enjin 4 silinder berpengecas turbo (TSI) berkapasiti 2.0 liter dengan janaan kuasa maksima 272 PS dan 350 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan berserta sistem 4Motion iaitu 4WD sepenuh masa.
Janaan kuasa ini 8 PS lebih rendah berbanding model spesifikasi Malaysia memandangkan kereta spesifikasi Jepun perlu mematuhi undang-undang pelepasan karbon yang ketat.
Tujuh kemasan warna boleh didapati, termasuklah King's Red Metallic baru, Kingfisher Blue Metallic, dan Lapiz Blue Metallic.
Di pasaran kita, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan memperkenalkan Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion 2021 facelift secara rasminya pada Jumaat ini, 16 Julai 2021 bermula jam 12.30 pm di laman Facebook mereka.
Arteon baru ini dijangka untuk dijual pada harga bermula dari RM 245,000 to RM 255,000 di sini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Real feeling from a Volkwagen golf gti mk6 owner. How much did I pay for it: Rm88000 How long have I bought it: 2 years Do I still like it: Yes What's the best part of my car: Handling and power What's the worst thing of my car: Maintenance cost What’s the next car I want to buy: Volkwagen golf r mk7.5
4
35
Living with Cars
Spanish Chic A SEAT Ateca was spotted sat quietly in front of a restaurant in KL. It is a Spanish SUV based off Volkswagen's MQB A1 platform, hence it resembles VW stablemate that includes VW's very own Tiguan and Skoda Karoq. Modular platforms like the MQB and MLB allows car manufacturers to save time and cost in the research and development cycle and create more product variation simultaneously.
13
83
5