Honda Civic (FE) 2022 serba baru dilihat akan melangkaui Malaysia dengan pelancaran secara maya di setelah disahkan akan dilancarkan di Singapura. Pelancaran ini dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam Khamis ini, 12 Ogos 2021.
Ketika ini, Thailand menjadi negara pertama ASEAN yang melancarkan Honda Civic FE 2022 pada 6-Ogos 2021. Singapura pula sudah lama mengacah Honda Civic generasi ke-11, mengambil tempahan dan sudah dijangka akan menjadi antara negara ASEAN terawal untuk menerima sedan kegemaran global ini.
Adakah ianya berbeza dengan model Thailand?
Selalunya, model pasaran Singapura dibawa daripada Jepun namun aturan ini mungkin sudah tidak terpakai lagi. Hal ini kerana, Jepun telah menggugurkan Honda Civic FE 2022 sedan dan hanya memasarkan Honda Civic FE 2022 hatchback.
Baca: Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k!
Oleh yang demikian, Honda Civic FE pasaran Singapura dijangka akan mencerminkan spesifikasi Thailand, negara terdekat untuk mengimport Honda Civic.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}