Sebenarnya, bukan anda seorang sahaja yang rindu dunia luar. Kalau dilihat pada iklan Mitsubishi Triton yang baru ini, lagilah menggamit memori. Sampai bilalah wabak ini nak berterusan kan?
Juga baca: Mitsubishi Motors Malaysia sumbang Triton kepada INSAF Malaysia untuk bantuan kemanusian
Sebelum ini, kalau serabut sangat dengan kehidupan di kota raya, dengan selambanya kita ambil kunci kereta dan mengembara ke tempat yang lebih kepada unsur alam sekitar. Maklumlah, asal kita pun dari tanah kan.
Dalam klip video ini, anda dapat lihat bahawa ahli WapCar sendiri, iaitu abang Zamil Syaheer kita sedang syok mengembara menggunakan Mitsubishi Triton Athlete yang nampak begitu serba boleh tidak kisahlah pada jalan yang rata ataupun permukaan yang mencabar sekalipun.
Bagi anda yang belum tahu, Athlete adalah varian teratas buat Mitsubishi Triton di Malaysia. Dengan harga RM 141,500, ia lengkap dengan ciri Super Select 4WD 11 System, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dan pelbagai ciri bantuan keselamatan ADAS.
Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya
Nampak je ranggi dan lasak tapi sebenarnya sarat dengan ciri yang praktikal. Memang sesuailah untuk jelajah negara Malaysia yang serba indah ini.
Juga baca: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}