window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah

Faisal ยท Sep 1, 2021 03:00 PM

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 01

Platform e-commerce kereta yang terbesar di Asia Tenggara, Carsome Group (Carsome) hari ini mengumumkan penutupan pusingan dana Series D2 yang berjaya mencecah sehingga 170 juta USD. Secara tidak langsung, syarikat Carsome kini bernilai sehingga 1.3 bilion USD. Pencapaian ini meletakkan mereka sebagai syarikat permulaan Malaysia (teknologi) yang terbesar setakat ini. Perkara ini turut disokong oleh pusat kredit baru yang bernilai 30 juta USD. Secara keseluruhan, jumlah dana yang terkumpul adalah sebanyak 200 juta USD.

Juga bacaCarsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam dana Series D2, iaitu pelaburan ekuiti terbesar dalam sejarah Carsome, ia menyaksikan penglibatan dari pelabur-pelabur ternama yang ada di rantau ini. Antaranya seperti Catcha Group, MediaTek, Penjana Kapital, Asia Partners, Gobi Partners, 500 Southeast Asia, Ondine Capital, MUFG, Innovation Partners, Daiwa Pl Partners dan pelbagai lagi. Rothschild & Co juga terlibat yang mana mereka merangkap sebagai penasihat kewangan buat perjanjian Carsome yang disebutkan.

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 01

Pendanaan Carsome kali ini akan menguatkan lagi fokus mereka dalam mengembangkan perniagaan business-to-consumer (B2C). Tahun ini sahaja, Carsome telah membuka sekurang-kurangnya 7 pusat cawangan B2C di sekitar Malaysia, Indonesia, dan Thailand yang mana ia dikenali sebagai Carsome Experience Centers. Syarikat ini juga telah merasmikan pusat kenderaan recond pertama mereka di Malaysia bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan dan kereta Carsome Certified yang ada.

Juga bacaKami mahu orang ramai tidak sabar untuk membeli kereta terpakai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Carsome

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 02

Suntikan dana ini juga menguatkan lagi tawaran Carsome dalam pembiayaan buat pembeli kereta dan pengedar kereta terpakai. Bercakap mengenai ini, Carsome baru-baru ini melancarkan pembiayaan buat graduan yang mana kebiasaannya mereka berhadapan dengan kekangan dalam mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank konvensional.

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 03

Selain memacu perniagaan B2C mereka, pendanaan Series D2 juga meningkatkan kebolehan mereka dalam pelaburan strategik dan pemerolehan. Tahun ini, syarikat Carsome telah memperoleh saham ekuiti dalam PT Universal Collection, iaitu servis lelong kereta dan motosikal di Jakarta. Malah, Carsome juga telah mencapai perkongsian strategik dengan platform iCar Asia untuk membangunkan ekosistem automotif terbesar di Asia Tenggara.

Juga bacaCarsome beli saham ekuiti pusat bidaan kereta terpakai Indonesia, PT Universal Collection

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 04

Menurut pengasas bersama Asia Partners, Oliver M. Rippel berkata, “Misi kami adalah untuk melabut dalam syarikat teknologi yang boleh mengubah ekonomi Asia Tenggara. Pasukan kepimpinan Carsome sedang giat menjalankan hasrat ini dan kami akan teruskan melabur kerana kami yakin dengan pendekatan mereka untuk menjadi kumpulan automotif digital terbesar di rantau ini.”

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 05

Pengasas bersama Gobi Partners, Thomas G. Tsao pula berkata, “Carsome adalah #1 dalam pasaran sekarang. Pada masa yang sama, mereka sedang rancak memperoleh keuntungan operasi dan membina pasukan eksekutif berkelas dunia. Malah, mereka telah menukar tanggapan kita dalam membeli sesebuah kereta. Sejak tahun 2015 lagi, Gobi sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada lima penyumbang terbesar dalam syarikat itu. Kami akan teruskan sokongan terhadap misi Carsome untuk menjadi peneraju dalam transformasi digital buat industri kereta di Asia Tenggara.”

Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah 06

Untuk maklumat anda, transaksi Carsome setiap tahun melibatkan lebih daripada 100,000 kereta. Secara tidak langsung, prestasi sebegini memberikan keuntungan yang mencecah I billion USD.

Juga bacaBayar RM 88 sahaja untuk 3 bulan! Promosi Carsome BIG 88 tersedia untuk Honda Civic dan banyak lagi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda