Siasatan polis atas kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya tujuh buah kenderaan di Jalan Ipoh, KL pada petang semalam mendapati pemandu lori terlibat positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata pemandu lori berusia 25 tahun itu sedang dalam perjalanan menghala ke Sentul dari Jalan Duta sebelum merempuh beberapa buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat pada jam 2.43 petang.
Sebuah Perodua Myvi berwarna kuning menerima impak paling serius susulan rempuhan itu, dimana ia tersepit di antara bampar hadapan lori dan sebuah lagi Myvi dihadapannya serta sebuah Proton X70 yang tertolak sehingga melanggar sebatang pokok di sisi jalan.
“Sampai di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: (Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL
“Pemandu Myvi kuning terlibat hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di Zon hijau Hospital Kuala Lumpur, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang,” tambahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}