Semalam, tertular satu klip video TikTok milik tankeryrvoverboost mengenai sebuah Perodua Myvi yang dilihat tersekat atas cerun di perkarangan Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) yang terletak di Kuala Lumpur.
Menurut saksi iaitu perakam TikTok ini sendiri, Perodua Myvi tersebut khabarnya telah melanggar pembahagi jalan dan terus naik ke cerun yang tidak begitu tinggi.
Apapun, pemandu wanita dan penumpang lelaki berusia 20-an yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah, mereka berjaya dikeluarkan walaupun dengan kerisauan seandainya kereta tersebut jatuh tergolek. Punca kejadian dipercayai atas faktor pertengkaran di antara pemandu dan penumpang.
Menariknya, hantaran klip itu menerima pelbagai reaksi yang menghiburkan. Maklumlah, Myvi kan ‘King’. Antara komen yang paling kelakar berbunyi, “Siapa tak beli Myvi rugi. Serba boleh. Hutan OK highway OK banjir OK. Semua ok. Tak payar beli Raptor, mahal-mahal buat apa beli. Myvi kan ada.”
Sebagai pemandu, apa yang akan anda buat untuk turunkan semula Myvi tersebut?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}