Setelah 10 tahun beransur dalam pasaran, Ford Ranger nampaknya bakal tampil dengan generasi baharu pada tahun hadapan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ford yang mana mereka menyatakan bahawa Ford Ranger serba baharu bakal membuat debut di Thailand pada suku pertama tahun 2022.
Juga baca: Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan
Menurut Pengarah Urusan Ford Thailand, Ford Ranger model sekarang masih mendapat sambutan yang baik. Malah dalam pasaran trak pikap di sana, ia masih teguh di tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 8%. Dengan beransurnya model baharu nanti, jualan trak pikap itu bakal melonjak dengan begitu ketara.
Juga baca: Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!
Dengan terdedahnya iklan Ford Ranger 2022 pada awal bulan ini, Ford nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan pewaris kepada Ford Ranger generasi T6 yang cukup berjaya.
Juga baca: RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150!
Dari segi sumber kuasa, Ford Ranger 2022 khabarnya akan datang dengan enjin yang disemak semula, termasuklah enjin hibrid plug-in baru (PHEV) yang menghembuskan 267 PS dan 680 Nm tork. Trenkuasa elektrik sepenuhnya (EV) juga ada disebut-sebut.
Juga baca: Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik!
Apapun, butiran lanjut akan menyusul pada masa yang akan datang. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}