window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150!

Zamil Syaheer · Sep 9, 2021 05:00 PM

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 01

Ford Ranger T6 terkini telah wujud sejak 2011 dan telah menerima dua facelift sepanjang hayatnya, satu pada tahun 2016 dan yang lain pada tahun 2019.

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 02

Ford Ranger T6 terkini.

Dengan jangka hayat trak pikap sekitar 10 tahun, nampaknya masa untuk Ford Ranger T6 melabuhkan tirainya kian tiba.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Thailand baru saja memuat naik video acah ini di saluran YouTube mereka, secara rasminya mengumumkan ketibaan Ford Ranger generasi akan datang. Video ini juga menunjukkan bagaimana Ford meletakkan Ranger generasi seterusnya melalui sejumlah ujian yang begitu getir.

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 01

Ujian yang dilalui oleh Ranger ini termasuklah lumpur, padang pasir, bukit berbatu, salji, dan jalan raya umum.

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 02

Tetapi bukan itu sahaja – video acah ini juga memberikan gambaran sekilas pada front-end Ranger yang direka bentuk semula, yang jelas mendapat inspirasi dari abangnya yang lebih besar, Ford F-150. Sebenarnya, ia menyerupai imej lakaran digital yang muncul pada bulan Mei 2020.

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 03

Dari segi trenkuasa pula, Ford Ranger generasi seterusnya dikatakan akan menggunakan enjin yang akan disemak semula, termasuklah enjin hibrid plug-in baru (PHEV) dengan 267 PS dan 680 Nm.

Juga baca: Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik!

RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150! 04

Sumber yang boleh dipercayai juga mengatakan bahawa Ford akan membuat debut Ranger generasi berikutnya pada akhir 2021, sebelum secara beransur-ansur memperkenalkan model tersebut di lebih banyak pasaran mulai awal 2022.

Juga baca: Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda