Walaupun SUV hibrid Haval H6 HEV baru sahaja dilancarkan di Thailand pada bulan Jun 2021, SUV terlaris di China ini juga laku keras negara gajah putih. Ia beralih dari SUV segmen C kedua paling popular di negara ini pada bulan Julai untuk merebut gelaran pada bulan Ogos.
Sepanjang tahun ini, pertempuran posisi nombor satu SUV segmen C di Thailand adalah diantara Honda CR-V dan MG HS. Dalam tempoh masa dua bulan, Haval H6 telah berjaya menurunkan takhta CR-V dengan 408 unit terjual pada bulan Ogos.
Sementara itu, Honda CR-V sudah jatuh dua anak tangga pada bulan kelapan tahun ini untuk menduduki tempat ketiga dengan penjualan sebanyak 280 unit. MG HS pula berada diantara dua SUV ini, menduduki tempat pertama dengan 300 unit terjual.
Sebahagian daripada sebab mengapa Honda CR-V tergelincir dua anak tangga ke bawah mungkin disebabkan oleh kekurangan cip yang mempengaruhi pengeluaran dan penghantaran.
Juga baca: Bekalan cip dari Malaysia putus, syarikat kereta Jepun potong 1 juta pengeluaran
Namun, CR-V berjaya bertahan di kedudukan nombor satu tahun ini dengan 3,265 unit terjual dalam lapan bulan pertama. Ini diikuti oleh MG HS dengan 2,981 unit dan Subaru Forester dengan 1,364 unit.
Juga baca: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?
Haval pula berjaya menjual sebanyak 728 unit model H6, meletakkannya di tempat keempat. Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan kerana jenama ini masih baru di negara ini. Syarikat induk Haval, Great Wall Motor (GWM) mempunyai pelan rancangan bercita-cita tinggi dalam usaha untuk menjadikan Thailand sebagai hab automotifnya di Asia Tenggara.
Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!
Selain dari Haval H6, GWM juga merancang untuk membawa Ora Good Cat EV ke Thailand tidak lama lagi. Kami berminat untuk mengetahui bagaimana pengalaman pemanduan EV unik ini.
Juga baca: Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}