Zaman di mana Honda CR-V menjadi SUV kegemaran pembeli Thailand nampaknya sudah lama berlalu kerana ia tidak laku seperti dua pesaing China yang lebih mampu milik dan sarat dengan ciri. Untuk dua bulan pertama 2022, Haval H6 dan MG HS telah mendominasi segmen C-SUV di negara gajah putih.
Menurut data jualan yang dikumpul oleh Autolife Thailand, 2,388 unit SUV segmen C telah dijual pada Januari dan Februari 2022. Mendahului carta tersebut adalah Haval H6 dengan 701 unit, yang turut memegang hampir 30 peratus bahagian pasaran.
Haval H6 telah dilancarkan di Thailand kurang dari setahun yang lalu tetapi ia telah memenangi hati pembeli sejak itu. Ia telah mengambil takhta SUV segmen C terlaris setiap bulan sejak Ogos 2021, hanya sebulan selepas pelancarannya. H6 hanya tersedia dengan janakuasa hibrid petrol-elektrik 1.5 liter (243 PS/530 Nm).
Baca juga: Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?
Tempat kedua ialah MG HS, dengan 402 unit terjual dalam dua bulan pertama 2022. SUV British-China itu kerap kali melawan jualan CR-V dengan rapat sebelum Haval H6 diperkenalkan.
Baca juga: MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022
MG HS telah diberi penambahbaikan dan membuat penampilan pertamanya di Thailand pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2022. Ia boleh didapati dengan pilihan enjin petrol pengecas turbo 1.5 liter (162 PS/250 Nm) atau varian plug-in hybrid (PHEV) yang menghasilkan kuasa gabungan 284 PS/480 Nm.
Baca juga: MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70?
Bagi Honda CR-V pula, ia menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 384 unit terjual. Mungkin ia disebabkan oleh faktor usia yang menyaksikan SUV yang pernah popular itu merosot dalam carta jualan kerana CR-V semasa telah dijual di sana selama 5 tahun dengan perubahan kecil yang diumumkan pada 2020.
Baca juga: Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan
Walaupun SUV semakin popular di Thailand, pembeli lebih cenderung kepada yang lebih kecil. Sebanyak 6,722 unit SUV/crossover kompak telah dijual pada Januari dan Februari 2022, hampir 3 kali ganda lebih banyak daripada bilangan SUV segmen C yang lebih besar yang dijual dalam tempoh yang sama.
Walaupun Haval H6 berjaya mengekalkan kedudukan teratasnya di sini, Haval Jolion yang lebih kecil bergelut untuk masuk ke Top 3. Namun, ia mengatasi H6 dengan 823 unit dijual dalam dua bulan pertama tahun ini.
Baca juga: Lebih berbaloi? Haval Jolion untuk pasaran Malaysia ingin ‘tapau’ jualan Corolla Cross dan HR-V
Bercakap mengenai Haval, H6 dan Jolion mungkin akan tiba di Malaysia seawal Jun 2022 dengan yang kedua dinamakan semula sebagai Haval H2. Sumber dari Go Auto berkata bahawa unit berspesifikasikan Malaysia akan serupa dengan yang ditawarkan di Thailand. Bolehkah Haval merombak dirinya di Malaysia?
Baca juga: SAH: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}