window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1?

Zamil Syaheer Ā· Mar 27, 2022 12:00 PM

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 01

Mengikut data yang dikumpulkan oleh Autolife Thailand, kedua-dua Toyota Corolla Cross ddan Honda HR-V mendominasi jualan dalam kategori SUV/crossover kompak di Thailand dengan jumlah gabungan sebanyak 6,722 unit terjual pada Januari dan Februari 2022.

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 02

Ini bersamaan dengan gabungan bahagian pasaran sebanyak 56.8 peratus. Berdasarkan jualan bulanan, ia jelas merupakan pertarungan ke puncak antara kedua-dua crossover. Honda HR-V mengambil mahkota pada Januari dengan 1,993 unit terjual manakala Corolla Cross merampas tempat teratas pada Februari dengan 1,559 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 01

Sumber: Autolife Thailand

Bagaimanapun, dari segi jualan keseluruhan setakat ini, Honda HR-V adalah SUV kompak terlaris di negara gajah putih. Jelasnya, pembeli Thailand lebih menerima kenderaan hibrid memandangkan HR-V hanya tersedia di sana dengan trenkuasa hibrid.

Baca juga: VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan

Di tempat lain dalam carta jualan, MG ZS menduduki tempat ketiga dengan 1,825 unit terjual dalam dua bulan pertama, diikuti oleh Mazda CX-30 dengan 934 unit terjual.

Baca juga: MG ZS EV facelift 2022 diperkenal di Thailand, ada powerbank, bakal tembus Malaysia!

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 02

Walaupun Haval H6 laku keras dalam kategori SUV segmen C yang lebih besar, adiknya, Haval Jolion hanyalah B-SUV terlaris ke-6 untuk beberapa bulan pertama 2022.

Baca juga: Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021

Hanya 823 unit telah dijual tetapi ini bukanlah satu kerugian besar bagi jenama itu kerana ia melebihi jualan Nissan Kicks, Toyota C-HR, dan Subaru XV. Bercakap tentang Subaru XV, SUV sporty ini hanya menyaksikan 17 unit terjual setakat ini pada 2022.

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 03

Sementara itu di Malaysia, Corolla Cross telah menjadi model yang agak popular untuk Toyota sehingga ia adalah model ketiga terlaris jenama itu, mengatasi Yaris.

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 04

Honda Malaysia telah mengacah pengenalan HR-V serba baharu akhir tahun ini dan ia boleh ditawarkan dengan teknologi hibrid e:HEV serta 1.5 liter VTEC Turbo dan/atau 1.5 liter aspirasi natural i-VTEC yang telah diperkenalkan baru-baru ini di Indonesia.

Baca juga: Video: Honda HR-V generasi baharu 2022 diintip di MRR2, ini bukan Proton X50 ya!

Toyota Corolla Cross & Honda HR-V sapu jualan SUV kompak Thailand pada Jan-Feb 2022, mana yang No. 1? 05

Walaupun HR-V semasa sudah tua, model ini masih mendapat tarikan di kalangan pembeli. Dengan penggantinya bakal tiba tidak lama lagi, pertarungan crossoever akan menjadi lebih sengit terutamanya dengan kemasukan jenama lain (kebanyakannya China) termasuk Haval Jolion (yang akan dinamakan sebagai H2 di sini) dan Chery Tiggo 4 Pro.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda