window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan

Zamil Syaheer · Mar 27, 2022 10:00 AM

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan 01

Walaupun Honda CR-V masih berada dalam kedudukan carta jualan yang selesa di seluruh dunia (ia adalah jualan terbaik ketiga Honda Malaysia pada 2021), namun sebaliknya yang terjadi di negara kelahirannya.

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan 02

Bagi pelanggan di Jepun, bintang mereka ialah Vezel (dikenali sebagai Honda HR-V di Malaysia). Diperkenalkan pada April 2021, ia memegang carta jualan 2021 dengan purata 4,390 unit terjual sebulan di sana. Menurut Best Car Web, HR-V terjual 12 kali ganda lebih banyak daripada CR-V setiap bulan, dimana hanya sekitar 370 unit sahaja terjual sebulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebahagian daripada itu datang daripada saiz CR-V yang dianggap terlalu besar untuk Jepun. Pada skala yang lebih luas, ini merupakan isu di seluruh segmen, kerana Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail pun masing-masing terjual sekitar 1,400 dan 1,001 unit pada setiap bulan tahun lepas.

Senang cerita, bagi kebanyakan pelanggan Jepun, Honda HR-V lebih dari mencukupi.

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan 01

Orang Jepun juga lebih suka MPV dengan pintu gelangsar berbanding SUV. Ini menjelaskan mengapa kereta seperti Toyota Voxy dan Toyota Alphard lebih laku daripada SUV tradisional. Untuk konteks, Toyota menjual kira-kira 7,920 unit Alphard dan 5,840 unit Voxy setiap bulan pada tahun lepas.

Baca juga: Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan 02

CR-V untuk pasaran Amerika Utara

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tanda nama CR-V tidak akan wujud lagi, memandangkan ia laku di bahagian lain serata dunia. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 30,000 unit menemui pemilik baharu setiap bulan pada tahun 2021.

Honda CR-V boleh mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun kerana HR-V laku teruk, ‘tapau’ carta jualan 03

CR-V akan datang

Lagipun, imej paten CR-V generasi baharu akan datang telah bocor di internet, memberikan gambaran yang agak jelas tentang rupa luaran SUV segmen C ini.

Baca juga: Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang!

Honda CR-V generasi semasa masih dijual di Malaysia, dengan harga bermula dari RM 139,912 (bebas SST sehingga 30-Jun 2022). Kita juga bakal mendapat Honda HR-V 2022 generasi seterusnya 2022 dalam separuh kedua tahun ini.

Baca juga: Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda