window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia

Faisal Β· Jul 24, 2023 10:35 AM

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 01

Kredit: @tulusputra 9 melalui AutoFun ID.

Setelah membuat pelancaran serantau di Thailand pada Mac lepas, Honda CR-V generasi baharu pasti menunggu masa sahaja untuk menembus pasaran Asia Tenggara yang lain.

Juga bacaHonda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter!

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 02

Intipan CR-V baharu di Malaysia.

Bagi anda yang belum tahu, spyshot SUV segmen C yang popular ini sudahpun kelihatan di Malaysia. Dan kini, menurut Instagram @sincereputra9, kelibat CR-V baharu dijumpai di 'Port Klang' versi Indonesia iaitu di Tanjung Priok. Berdasarkan laporan yang diperoleh dari rakan kami di AutoFun ID, CR-V baharu ini akan dilancarkan sebagai model CBU dari Thailand.

Juga bacaSpyshot: Kelibat Honda CR-V serba baharu dilihat sekali lagi di Malaysia - pelancaran selepas WR-V

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 01

Kredit: @tulusputra 9 melalui AutoFun ID.

Menariknya, sumber dalaman Honda di Indonesia memaklumkan bahawa SUV ini akan dirasmikan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023 yang akan berlangsung pada 10 - 20 Ogos ini. Beberapa pengedar di sana juga dilaporkan sudah mula mengambil tempahan.

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 02

Model di Thailand.

Selain itu, sumber dalaman di sana mendedahkan bahawa ia akan ditawarkan dengan enjin 1.5L turbo (192 PS, 240 Nm) dan 2.0L i-MMD (185 PS, 335 Nm). Namun begitu, sumber yang diperoleh dari AutoFun ID memaklumkan bahawa varian hybrid mungkin dijual secara terhad.

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 03

Model di Thailand.

Secara amnya, Honda CR-V baharu di Indonesia dijangka berharga antara 700 - 800 juta IDR (~RM 213k - RM 243k). Namun begitu, model semasa yang ditawarkan secara CKD selama ini hanya dijual pada harga 525.3 juta IDR - 684.6 juta IDR (~RM 160k - RM 208k).

Spyshot Honda CR-V generasi 2023 kelihatan di Indonesia - pelancaran mendahului Malaysia 04

Model di Thailand.

Kembali di Malaysia, CR-V generasi baharu akan dilancarkan dalam tahun ini juga, seperti yang sudah disahkan oleh Honda Malaysia. Harga semasa yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

  • CR-V 2.0 2WD – RM 146,900
  • CR-V 1.5 TC-P 2WD – RM 165,800
  • CR-V Black Edition – RM 170,400
  • CR-V 1.5 TC-P 4WD – RM 171,400

Juga bacaHarga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda