window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia

Mersita ยท Aug 14, 2023 06:00 PM

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia 01

Kredit gambar

Unit ujian Honda CR-V 2023 yang berceloreng semakin kerap dikesan menyusuri jalan raya kita, memberi petanda yang pengenalan rasminya di Malaysia bakal menjelma tidak lama lagi. Sekali lagi, ia dikesan ketika sedang diuji di sekitar Pekan, Pahang.

Menurut gambar intipan yang dikongsi seorang pengguna FB sebentar tadi, unit ujian CR-V generasi keenam itu dengan rupa bentuk belakang yang baru dikesan menyusuri jalan raya di Pekan menghala ke Endau Rompin. Perhatikan plat dagangannya yang merujuk kepada Honda Malaysia.

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia 02

Kredit gambar

Rancangan Honda Malaysia ialah untuk melancarkan empat model baru sepanjang 2023. Penampakan ini cukup sesuai dengan masanya memandangkan Honda CR-V serba baru sedang menunggu gilirannya untuk dilancarkan selepas pengenalan rasmi WR-V dan City facelift. Satu lagi model yang dinantikan ialah Civic Type R FL5, turut diintip di atas treler pada Julai lalu.

Honda CR-V 2023 generasi keenam ini telah didebut serantau di Thailand pada Mac lalu. Ia ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa dan 5 varian, pada harga bermula dari THB 1.419 juta hingga THB 1.729 juta (~RM 186k - 227k). Pembeli di Thailand diberi pilihan antara enjin VTEC berpengecas turbo 1.5 liter (192 PS/240 Nm) ataupun enjin hybrid petrol-elektrik i-MMD dwimotor 2.0 liter (tergabung 185 PS/335 Nm).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia 01

CR-V Thai ditunjukkan

CR-V spesifikasi Thai datang dengan kelengkapan standard seperti lampu hadapan LED, kawalan suhu automatik dwi-zona, skrin infohibur 9 inci dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto, berserta 8 โ€˜speakerโ€™.

Honda Sensing juga standard bagi semua varian CR-V 2023 serba baru di Negeri Gajah Putih itu, merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation with Lane Departure Warning (RDM with LDW)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control with Low-speed Follow (ACC with LSF)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia 02

CR-V Thai ditunjukkan

Dalam perkembangan terbaru, CR-V generasi baru turut ditayangkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2023) dengan tanda harga disahkan antara INR 739 juta hingga INR 799 juta (~RM 224k - RM 242k).

Harga untuk CR-V serba baru ini telah meningkat sekitar 4.4 peratus di Thailand dan sekitar 10.5 peratus di Indonesia, berbanding dengan generasi sebelumnya. Oleh itu, kenaikan harga juga dijangka akan berlaku pada harga jualan semasa apabila model generasi keenam ini dijual di Malaysia kelak.

Spyshot: Honda CR-V 2023 dikesan di Pekan, bersiap-sedia untuk pelancaran di Malaysia 03

Sebagai rujukan, harga Honda CR-V generasi kelima yang sedang dijual di pasaran Malaysia sekarang adalah seperti berikut (harga Semenanjung Malaysia, tanpa insurans):

  • CR-V 2.0 2WD โ€“ RM 146,900
  • CR-V 1.5 TC-P 2WD โ€“ RM 165,800
  • CR-V Black Edition โ€“ RM 170,400
  • CR-V 1.5 TC-P 4WD โ€“ RM 171,400

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda