window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang!

Haris · Feb 20, 2022 08:00 PM

Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang!

Objek skala kelabu yang anda lihat di atas ini mungkin sekali pandangan pertama Honda CR-V serba baharu kepada dunia yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023.

Pandangan pertama terhadap CR-V akan datang ini adalah dapatan daripada pemilik akaun FB Vanhoe Rage. Kebanyakan model Honda baharu sejak beberapa tahun lalu seperti Honda HR-V 2022 dan Honda BR-V 2022 yang akan hadir ke Malaysia turut didedahkan oleh sosok misteri ini.

Baca:  Spyshot: Gambar paten Honda BR-V didedah! Mirip sangat dengan Honda N7X Concept?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang! 01

Gambar intipan April 2021. Perhatikan lampu depan dan gril trapezoid yang mirip

Kembali kepada tajuk utama kita ini: imej yang tertiris ini memberikan kita pandangan yang lebih baik terhadap SUV baharu yang akan dikemaskini. Malah, jika dibandingkan dengan imej intipan pada bukan April 2021 sebelum ini, ia turut memberikan bayangan persamaan terutamanya pada bentuk gril dan lampu depannya.

Baca:  Bocor: adakah ini gambar paten Honda CR-V 2023 generasi seterusnya?

Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang! 02

Pasaran Amerika mendapat HR-V yang berbeza dan ia akan kelihatan seperti di atas. Tidak sama dengan imej paten

Sebelum ini, spekulasi awal berteori bahawa SUV yang diintip di atas jalan itu mungkin sekali model Honda HR-V spesifikasi Amerika (yang berbeza daripada model global).

Walau bagaimanapun, Honda sendiri telah mendedahkan imej lakaran Honda HR-V serba baharu pasaran Amerika di mana ia langsung tidak mirip dengan gambar SUV yang tertiris. Oleh itu, hanya ada satu suspek sahaja yang tinggal.

Baca:  Lakaran: Pesaing Toyota Corolla Cross dari Honda, model antara HR-V & CR-V, 'Nampak ala BMW'

Butiran mengenai Honda CR-V generasi baharu masih kekal rahsia. Ketika ini, Honda CR-V generasi kelima masih dijual di Malaysia, dengan harga antara RM 139,912.53 (2.0 2WD) hingga RM 162,910.18 (1.5 TC- P 4WD).

Baca:  Honda prebiu Honda HR-V dan Honda BR-V generasi baru untuk tahun 2022!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda