window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Opel Mokka dan Citroen C4 diintip di Malaysia, buat apa tu?

Haris ยท Dec 2, 2021 04:00 PM

Spyshot: Opel Mokka dan Citroen C4 diintip di Malaysia, buat apa tu? 01

Pasaran SUV tentunya pasaran yang paling menguntungkan dan amat sesuai untuk jenama global menceburi pasaran Malaysia yang berat sebelah. Maka tidak hairanlah sekiranya banyak SUV misteri yang diintip di atas jalan raya Malaysia. Malah, Proton sendiri menerima sehingga 3 model SUV dari jenama Geely.

Terbaru, 2 buah model SUV di luar jenama arus perdana telah ditemui di Malaysia oleh pembaca Wapcar, Vt Tan. Opel Mokka dan Citroen C4 adalah 2 jenama yang tidak ada di Malaysia (pengedar baru, BAASB hanya bertanggungjawab menjadi pembekal khidmat selepas jualan untuk Citroen) yang menimbulkan sedikit tanda tanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika melihat kepada persamaan kedua-dua model, mungkin ia mampu memberi petunjuk kepada apa yang sedang diuji.

Spyshot: Opel Mokka dan Citroen C4 diintip di Malaysia, buat apa tu? 01

Pertama, kedua-duanya adalah jenama di bawah Stellantis. Liputan Wapcar sebelum ini melaporkan bahawa Stellantis Group telah memperolehi pemilikan sepenuhnya kilang pemasangan kenderaan Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

Baca: Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 3008 CKD Malaysia bakal hadir!

Berkemungkinan, kedua-dua model yang digunakan adalah model ujian iklim, memandangkan iklim negara tropika yang selalu menjadi dalang kepada masalah kenderaan jenama Eropah. Selain itu, bentuk jalan raya yang lurus memanjang yang ada di Semenanjung Malaysia turut menjadi faktor mengapa Malaysia sangat sesuai menjadi pentas pandu uji.

Spyshot: Opel Mokka dan Citroen C4 diintip di Malaysia, buat apa tu? 02

Atas: Citroen C4. Bawah: Opel Mokka

Selain itu, Opel Mokka dan Citroen C4 turut dibangunkan menggunakan platform PSA EMP1. Platform ini digunakan untuk model kereta subkompak dan kompak dengan enjin pembakaran dalaman atau kereta elektrik bateri. Peugeot 2008 yang baru sahaja dilaporkan keluar dari barisan pengeluaran CKD Malaysia turut menggunakan platform ini.

Oleh itu, potensi mana yang lebih sesuai dalam situasi ini? Adakah Opel Mokka dan Citroen C4 akan tampil di Malaysia atau ia sekadar ujian sahaja? Setakat ini, adalah difahamkan bahawa tiada sebarang perancangan untuk 2 jenama tersebut ditawarkan di Malaysia. Justeru, pandu uji ini berkemungkinan besar hanyalah sekadar pembangunan dalaman sahaja untuk Stellantis. 

Baca: Peugeot 2008 CKD 2021 serba baru akan dilancar di Malaysia seawal November ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda