Satu video acah juga telah ditayangkan, berserta slogan ‘A Legacy, Reborn’.
Harga Honda Civic FE 2022 serba baru ini belum lagi diumumkan.
Namun sebagai rujukan, Civic FC yang sedang berada di pasaran dahulunya dilancarkan dengan harga RM 109,326 bagi varian asas 1.8S ‘naturally aspirated’, manakala varian 1.5 liter berpengecas turbo TC dan TC-P pernah dijual masing-masing pada harga RM 125,081 dan RM 134,661 – termasuk pengecualian SST bagi kereta penumpang CKD.
Jika dirujuk pula pada Civic FE yang telah dilancarkan di pasaran negara luar, maka model asas 1.8 liter ‘naturally aspirated’ berkenaan besar kemungkinannya akan digugurkan. Jika benar, yang tinggal hanyalah varian enjin 1.5 liter VTEC Turbo untuk dibeli.
Selain itu, ini juga bermaksud harga permulaan bagi Honda Civic FE 2022 akan jadi lebih tinggi – dianggarkan sekitar RM 130,000.
Bagi model generasi baru ini, janaan kuasa bagi enjin 1.5 liter VTEC Turbo telah ditingkatkan sebanyak 9 PS dan 20 Nm - menghasilkan jumlah akhir 182 PS dan 240 Nm. Pacuan kuasa masih disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT yang kini ditala semula bagi tindakbalas dan kebolehpanduan lebih baik.
Tiga mod pemanduan boleh dipilih iaitu Econ, Normal, dan Sport.
Sama seperti dahulu, varian flagship (akan digelar RS, namun berbeza dengan City/City Hatchback, akan tiada model hibrid) akan memaparkan kelengkapan penuh ADAS Honda Sensing.
Setakat ini, Honda Civic FE 2022 telahpun dilancarkan di Thailand, Indonesia, dan Singapura. Semua pasaran ini hanya ada varian 1.5 liter VTEC Turbo.
Honda Malaysia memaklumkan bahawa penghantaran bagi Honda Civic 2022 serba baru akan bermula pada suku pertama 2022.
Ikut kami rapat-rapat di FB WapCar – BM untuk berita lebih lanjut!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}