Di Tokyo Auto Salon 2022 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Januari, Daihatsu akan mempamerkan dua contoh Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang diubahsuai.
Rocky berwarna biru dan perak ini dipanggil Rocky Premium Version. Warna biru ini digunakan pada pelbagai bahagian eksterior, termasuk bahagian lampu kabus hadapan, cladding badan, cermin sisi dan bumbung. Menurut Daihatsu, Rocky Premium Version sepatutnya menjadi "SUV kompak premium yang sesuai dengan bandar".
Tetapi jika penampilan premium bukan apa yang anda idamkan, mungkin Rocky kedua lebih sesuai. Dipanggil Rocky Crossfield Version, ia mendapat trim hitam matte sebagai gantian trim biru Rocky Premium Version. Terdapat juga rak bumbung Yakima dan mud flaps untuk penampilan off-road.
Juga baca: Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini?
Menjana kuasa Rocky e:smart Hybrid ialah sistem hibrid e:Smart 1.2 liter yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm. Penjana kuasa hibrid ini berfungsi sama dengan penjana kuasa hibrid Nissan e-Power di mana ia merupakan sistem hibrid penuh.
Juga baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!
Ingat tak Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid JDM yang berjalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur beberapa bulan lalu? Sebenarnya, Perodua sedang mengkaji penerimaan rangkaian kuasa hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia, serta kedudukan harga Perodua Ativa Hibrid yang dikatakan.
Juga baca: Perodua sahkan 'Ativa hibrid' dalam ujian pasaran Malaysia - 1.2L, 106 PS/170 Nm, 28 km/L
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}