window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan gimik pemasaran, Abang Viva bakal terima trak pikap 4x4?

Haris · Jan 4, 2022 11:00 AM

Bukan gimik pemasaran, Abang Viva bakal terima trak pikap 4x4? 01

Walaupun menerima sedikit kecaman di atas keikhlasan menawarkan sebuah kenderaan bagi kegunaan ‘abang Viva’ atau nama sebenar Azwan Omar, usahawan kosmetik Sha Hassan dilihat tetap dengan pendiriannya. Malah, kedua-dua pihak mungkin telah mencapai persetujuan mengenai perkara tersebut berdasarkan apa yang dimuat naik oleh kedua-dua pihak.

Berdasarkan satu hantaran di Instagram, usahawan kosmetik tersebut telah mengadakan pertemuan bersama Abang Viva untuk membincangkan perkara tersebut. Tanpa memberikan sebarang maklumat mengenai butiran persetujuan, Sha Hassan hanya memuat naik gambar bersama Abang Viva dengan kapsyen “Alhamdulillah dipermudahkan”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu hantaran lain, Sha juga ada menjelaskan mengenai kekeliruan yang berlaku dalam kalangan warganet yang mendakwa bahawa Azwan Omar tidak mahu menerima pemberian tersebut. Menurutnya, Azwan bukan tidak mahu menerima pemberiannya tetapi mahu memberi fokus sepenuhnya untuk membantu mangsa banjir.

Baca: Hero banjir, ‘Abang Viva’ tak heran tawaran usahawan kosmetik nak bagi kereta baru

Bukan gimik pemasaran, Abang Viva bakal terima trak pikap 4x4? 01

Sha turut menegaskan bahawa tiada gimik pemasaran mengenai pemberian tersebut kepada Azwan Omar, hanya sekadar mahu memudahkannya untuk melakukan tugas-tugas membantu mangsa banjir.

Menurut portal Pandulaju, Azwan Omar turut bersiaran melalui Facebook Live untuk memaklumkan bahawa dia bakal menerima kenderaan pacuan empat roda (4x4) daripada pengasas kosmetik tersebut. Dia turut mengharap agar orang ramai tidak menuduh atau mengecam pengasas kosmetik tersebut.

Baca: Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda