Skuter dengan rekaan klasik namun berteknologi canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 dilancarkan buat julung kalinya di pasaran Indonesia dan dijual dengan harga pengenalan menarik bermula Rp 21.7 juta (RM 6,329).
Pengenalan Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 oleh PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) itu adalah yang pertama dalam kelasnya bukan saja di pasaran Indonesia, malah global.
Juga baca: Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!
Berada dalam kategori baharu iaitu 'Classy Yamaha', Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 adalah skuter 125 cc pertama dipadankan dengan teknologi baharu Yamaha Blue Core Hybrid.
Menggunakan reka bentuk klasik, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 mungkin boleh disalah anggap sebagai skuter Vespa menerusi rekaan lampu utama bulat, fairing berkepak dan 'mud guard' besar retro.
Dua pilihan varian ditawarkan berserta harga (atas jalan Jakarta) iaitu:
Dari sudut trenkuasa, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 menggunakan enjin 124.86 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api dengan teknologi Blue Core Hybrid yang digandingkan dengan transmisi automatik.
Juga baca: Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan!
Kuasa yang dihamburkan adalah 8.3 Hp pada 6,500 rpm dan tork 10.6 Nm pada 4,500 rpm.
Enjin berkenaan mendapat bantuan daripada Smart Motor Generator (SMG) Starter Generator Control Unit (SGCU) dan bateri yang melengkapi satu sama lain.
Dalam bahasa mudah, bateri akan menghidupkan SMG dan apabila skuter mula bergerak, SMG akan mengecas semula ke bateri. Dan bantuan daripada SMG akan digunakan apabila skuter mula bergerak pada 3 saat pertama.
Ciri-ciri menarik yang turut dipadankan kepada Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 adalah seperti berikut:
Juga baca: Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya?
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan penyerap hentak tunggal belakang dengan sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan) dan dram (belakang). Set roda pula adalah 110/70-12 untuk kedua-dua roda.
Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!
Informasi lain adalah seperti berat 95 kg, ketinggian pelana 750 mm, kapasiti tangki bahan api 5.1 liter dan ruang simpanan bawah pelana 17.8 liter.
Juga baca: Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}