window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan!

Khairil · Jan 18, 2022 02:00 PM

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 01

Umum mengetahui Indonesia merupakan antara 'gergasi' dalam industri motosikal global dengan jutaan unit kenderaan dua roda itu berjaya dijual dalam tempoh setahun di Republik berkenaan dengan jenama Jepun seperti Honda dan Yamaha sebagai pemain utama.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), industri motosikal negara berkenaan mencatat pertumbuhan memberangsangkan bagi tahun 2021 jika dibandingkan dengan tahun terdahulu.

Juga baca: Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 01

Menurut laporan yang diperoleh daripada rakan media Autofun.id, jualan motosikal di Indonesia secara keseluruhan pada tahun 2021 adalah berjumlah 5,057,516 unit atau meningkat sekitar 38 peratus berbanding tahun 2020.

Secara keseluruhan, Astra Honda Motor (AHM) jelas memegang takhta dengan merekodkan sebanyak 3,928,788 unit jualan sepanjang 2021 selepas sekadar mencatatkan 2.9 juta unit pada 2020.

Juga baca: Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500!

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 02

Honda Vario

Begitupun, jualan berkenaan jauh daripada jualan yang direkodkan Honda bagi tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 menyerang dengan 4.91 juta unit jualan.

Di tangga kedua terlaris pada tahun 2021 namun dengan jurang yang cukup besar adalah Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) dengan merekodkan sebanyak 1,063,866 unit jualan. 

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 03

Lebih jauh ketinggalan adalah Kawasaki Motor Indonesia di tangga ketiga dengan 43,540 unit jualan diikuti Suzuki Indomobil Motor yang merekodkan penjualan sebanyak 18,380 unit. Jenama India, TVS di tangga kelima dengan 2,942 unit. 

Juga baca: Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 04

Kawasaki Ninja ZX-25R

Berdasarkan rekod AISI juga, segmen skuter mendominasi penjualan kenderaan dua roda di Indonesia dengan berdasarkan data selama dua dekad (2000-2021), sejumlah 115.5 juta unit motosikal berjaya dijual di Indonesia.

Menurut Autofun.id lagi, data yang diperolah itu adalah berdasarkan rekod jualan syarikat pengeluar motosikal Indonesia yang menganggotai AISI dan turut tidak menyenaraikan motosikal elektrik.

Juga baca: KMI tayang seragam Merah-Putih Kawasaki Ninja ZX-25R 2022, semarak semangat patriotik di Indonesia!

Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan! 05

Suzuki Gixxer SF 250

Selain jualan domestik, jualan eksport motosikal yang dipasang di Indonesia berdasarkan rekod AISI juga meningkat dengan 803,931 unit motosikal dieksport ke luar negara, peningkatan 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2020.

Susulan pertumbuhan positif itu, AISI optimis industri dua roda itu akan terus meningkat dengan sasaran 5.4 juta unit jualan pada tahun ini.

Juga baca: Suzuki Gixxer SF 250 2022 jengah pasaran Indonesia, unit terhad, RM 14.4k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda