window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500!

Khairil ยท May 6, 2021 01:00 PM

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 01

Sejak kali pertama diperkenalkan oleh PT Astra Honda Motor (AHM) di pasaran Indonesia pada 2012, Honda CB150R Streetfire sememangnya menjadi antara jentera naked aras mula kegemaran di negara berkenaan.

Dan bagi tahun 2021, model berkenaan sekali lagi diberikan naik taraf oleh wakil pengedar Honda itu dengan ia kini tampil dengan rekaan lebih agresif persis jentera 'big bike' jenama berkenaan.

Juga baca: AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 01

Terdapat dua varian diperkenalkan iaitu Standard dan Special Edition. Untuk varian Standard, ia datang pada tanda harga Rp 29.7 juta (RM 8,501) OTR (Atas Jalan) Jakarta.

Bagi varian Special Edition, ia sedikit tinggi iaitu pada harga Rp 30.7 juta (RM 8,785).

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 02

Armored Matte Grey.

Untuk varian Standard, dua pilihan warna ditawarkan oleh AHM iaitu Macho Black dan Stinger Red Black manakala varian SE datang dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Fury Matte Red, Raptor Matte Black dan Armored Matte Grey.

Kembali kepada sudut reka bentuk, menurut AHM, antara perubahan ketara pada CB150R Streetfire 2021 adalah rekaan tangki minyak minyaknya bersama 'shroud' yang bertambah besar selain 'undercowl' pada varian special edition.

Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 03

Stinger Red Black 

Perubahan yang disifatkan dapat menambah 'kegagahan' motosikal Sport terlaris Honda ini kemudian ditambah dengan ciri-ciri menarik seperti penggunaan suspensi fork jenis terbalik (USD) dan bar hendal tirus (tapered) untuk keselesaan tunggangan harian atau jarak jauh.

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 04

Selain itu, ia juga kini datang dengan paparan panel meter digital penuh yang memberi informasi lebih lengkap kepada penggunanya.

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 05

Dari sudut trenkuasa, Honda CB150R Streetfire 2021 dijana enjin bersesaran 150 cc, DOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan tranmisi 6 kelajuan. Dari sudut membrek, ia menggunakan brek cakera di bahagian depan dan belakang.

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 06

Sebagai antara model terlaris, AHM meletakkan sasaran jualan hingga 30,000 unit setahun bagi model ini yang dijangka berada di pasaran pada pertengahan bulan ini atau selepas Aidilfitri.

Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500! 07

Untuk pasaran Malaysia, model yang memberi saingan sengit kepada Yamaha MT-15 di negara seberang itu tidak dibawa masuk oleh wakil Honda Motor Malaysia, Boon Siew Honda. Harap maklum.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda