window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021!

Khairil ยท Nov 15, 2021 05:30 PM

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 01

Jika berdasarkan trend semasa, ramai yang berharap skuter popular Honda Vario 160 dilancarkan di pameran GIIAS 2021 Idonesia. Tetapi, PT Astra Honda ada rancangan tersendiri dengan melancarkan model yang tak kurang popularnya, Honda CB150X 2022.

Seperti abangnya, Honda CB200X yang dilancarkan di pasaran India, beberapa bulan lalu, Honda CB150X 2022 menjadi model paling kecil dalam segmen 'Adventure touring' keluaran Honda ketika ini.

Juga baca: Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 01

Sebagai permulaan, tiga pilihan warna ditawarkan untuk Honda CB150X 2022 di pasaran seberang iaitu: 

  • Volcano Matte Black
  • Glossy Red
  • Matte Green

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 02

Dan seperti motosikal aras mula dan untuk kegunaan rakyat marhaen, harga yang ditawarkan untuk Honda CB150X 2022 cukup menarik iaitu sekitar Rp 32,000,000 – Rp 35,000,000 (RM 9,372 – RM 10,250).

Juga baca: Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021!

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 03

Dibina menggunakan platform model 'Naked' Honda CB150R Street Fire yang 'kacak', rekaan Honda CB150X 2022 juga boleh disifatkan sebagai 'macho' dan mampu menarik perhatian.

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 04

Memacu kuasa Honda CB150X 2022 ini adalah enjin bersesaran 149.16 cc, 4 Lejang, 4 Injap, DOHC, Suntikan Bahan Api PGM-FI yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Juga baca: Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500!

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 05

Sebagai jentera 'Adventure touring' yang cukup sesuai untuk kembara jarak jauh, Honda CB150X 2022 dilengkapi dengan tangki bahan api sebesar 12 liter dengan ketinggian pelana 817 mm.

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 06

Spesifikasi premium dan menarik yang dipadankan terhadap Honda CB150X 2022 ini termasuklah penggunaan fork jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP, sistem lampu LED, dan panel meter digital penuh.

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 07

Sistem brek adalah menggunakan brek cakera depan dan belakang dengan set roda berukuran 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang) dengan berat mencapai 139 kg (dry weight).

Juga baca: Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia!

Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021! 08

Tidak diketahui sama ada Honda CB150X 2022 akan menjengah pasaran Malaysia atau pun tidak namun apa yang pasti jika Boon Siew Honda melakukannya, ia pastinya berpotensi untuk 'hit' terutama jika hadir dalam penawaran harga berpatutan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda