window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September!

Khairil · Oct 28, 2021 04:00 PM

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 01

Seperti dijangka, 'Sportbike' generasi terbaharu Yamaha YZF-R15 V4 2021 muncul sebagai model paling laris jenama itu di pasaran India dengan 11,792 unit berjaya dijual mengikut data jualan pada September 2021.

Lebih menarik, Yamaha YZF-R15 V4 ini baru saja dilancarkan pada 21 September lalu dengan angka jualan berkenaan adalah sekali ganda lebih banyak berbanding model kedua terlaris iaitu FZ. 

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 01

Sebagai perbandingan, model yang dianggap 'saudara' terdekatnya iaitu MT-15 yang mengisi tangga ketiga terlaris hanya merekodkan jualan sebanyak 2,514 unit.

Untuk negara di mana motosikal seperti kapcai tidak begitu popular seperti India, populariti model Sportbike aras mula yang datang dengan penawaran harga mampu milik sememangnya sudah dijangka.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 02

Selain tampil dengan rekaan baharu yang lebih segar mirip Yamaha YZF-R7, menambah lagi tarikan generasi terbaharu Yamaha YZF-R15 V4 ini adalah ia turut dilengkapi dengan ciri canggih seperti Traction Control System (TCS) dan teknologi Quick Shifter yang kebiasaan hanya diperoleh pada motosikal berkuasa tinggi.

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 03

Dan meningkatkan lagi tahap 'premium' model ini adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD) serta teknologi sambungan Bluetooth Yamaha Motorcycle Connect.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 04

Dijual dalam dua varian, harga yang diletakkan bagi YZF-R15M V4 2021 Standard adalah ₹ 1.68 lakh (RM 9,559) dengan YZF-R15M 2021 (₹ 1.77 lakh - RM 10,110). Untuk versi edisi istimewa, YZF-R15M Monster Energy Yamaha MotoGP Edition dijual pada harga ₹ 1.79 lakh (RM 10,224).

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 05

Sebagai info, Yamaha YZF-R15 V4 menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, 4 Injap, SOHC, teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 06

Kuasa maksimum yang dihamburkan adalah 18.1 Hp pada 10,000 rpm dan tork 14.2 Nm pada 7,500 rpm.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September! 07

Ketika ini, Yamaha YZF-R15 V4 2021 hanya dijual secara ekslusif di pasaran India namun berdasarkan populariti, ia pasti menjengah pasaran negara lain termasuk Malaysia namun hanya masa yang menentukan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda