Rebiu: Peugeot 2008 CKD Malaysia - Bosan tengok HR-V / Corolla Cross? Ini dia SUV Perancis mampu milik!

Jika anda melakukan carian perkataan 'eccentric' di Google, imej kereta Perancis akan timbul di bahagian 'image'. Baiklah itu tidak benar tapi poin yang cuba kami sampaikan adalah pengeluar kereta Perancis selalu tampil dengan rekaan dan cara yang berbeza, aneh (dibaca: eksentrik) untuk standard automotif. Justeru, usai mencuba Peugeot 2008 2022 ini, kami boleh mengesahkan bahawa ia sememangnya tepat dengan perkataan 'eccentric' itu tadi. 

Baca: Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan!

Adalah lumrah untuk wakil baharu Peugeot di Malaysia, Berjaya Auto Alliance (BAASB), mensasarkan secebis pegangan pasaran yang semakin berkembang. Senjata pilihan mereka ketika ini sudah tentulah, Peugeot 2008 generasi kedua.

Rekaan luar – Mencolok mata memandang

Walaupun model generasi pertama kelihatan seperti sebuah seladang, Peugeot 2008 serba baharu tahun 2022 ini kelihatan lebih seperti pemangsa. Apabila tiba kepada aspek reka bentuk, di sinilah eksentrika itu adalah satu kelebihan.

Lampu depan LED penuh dengan DRL menegak bergaya "triple-claw" dan jalur tunggal 'taring' yang tajam ke bahagian bawah bampar memberikannya kehadiran jalan tidak seperti SUV lain dalam kelasnya. Motif reka bentuk yang bersudut tajam turut menambah keistimewaannya.

Anda rasa ia bukan SUV yang akan anda pandang di atas jalan raya. Mungkin itu hanya pendapat anda sahaja dan kita hormati. Namun, kami mendapati bahawa beberapa pejalan kaki menoleh ke arah SUV ini di samping ada yang menunjukkan ibu jari sebagai tanda kelulusan terhadap pernyataan di atas. 

Satu-satunya kereta lain yang pernah mendapat reaksi yang sama ( harga bawah 1 juta Ringgit) ialah Toyota GR Supra - sebuah kereta sport dua pintu, rendah, dengan warna merah terang. Mungkin Peugeot 2008 generasi kedua 2022 masih merupakan sesuatu yang baru dan sangat sedikit yang melihatnya secara langsung tetapi kami masih belum menerima maklum balas yang kurang baik tentang penampilannya.

Rekaan dalaman – Padat dengan kelainan

Jika anda sudah biasa dengan model Peugeot semasa, maka bahagian dalaman 2008 akan terasa seperti pemandangan yang biasa dilihat. Jika ini adalah Peugeot baharu anda yang pertama, maka anda mungkin kagum dengan sedikit kejengkelan.

Terdapat lebih banyak gimik dan gaya di sini berbanding pakaian penyanyi Aina Abdul, bermula dengan papan pemuka dua dek yang bersegi. Kualiti bahan adalah setanding untuk harganya dalam segmen ini; bahagian atas mendapat plastik lembut manakala bahagian dalam yang lain sesuai dengan penggunaan bahan tahan lasak.

Kesemuanya baik dan menarik. Apa yang mungkin menjadi kegusaran ialah aspek ergonomik yang unik. Rekaan i-Cockpit, atau lebih tepatnya kedegilan Peugeot untuk memberikan stereng heksagon kecil yang bertujuan untuk diletakkan lebih rendah dan jauh dari pandangan gugusan instrumen, bukanlah ciri yang boleh semua orang boleh hadam.

Pemandu terlatih yang telah diajar untuk mencari kedudukan pemanduan yang betul akan memberitahu anda bahawa kelompok instrumen disekat oleh roda stereng bahagian atas. Malah, terasa tidak wajar untuk meletakkan stereng sebegini rendah.

Baca: Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul?

Terdapat juga tangkai kawalan cruise control yang terletak betul-betul di bawah tangkai signal, yang terhalang sepenuhnya oleh stereng. Adakah pengguna baharu terpaksa mengkaji kawalan pada tangkai-tangkai ini sebelum bergerak dan melakukan ujian ingatan semasa memandu?

Kemudian terdapat tetapan kawalan iklim yang hanya boleh diakses melalui skrin infotainmen. Pengeluar kenderaan lain sudah pun diserang kiri dan kanan kerana menggunakan butang sensitif sentuhan untuk tetapan iklim, namun di sini Peugeot 2008 dengan selamba memaksa pengguna menavigasi melalui sub-menu untuk membuat pelarasan suhu atau kipas semasa memandu. Bukankah butang atau dial digital lebih memudahkan?

Sistem infotainmen itu sendiri juga tidak menawarkan banyak perkara. Operasinya tidak lancar dan tidak intuitif dengan segala mak nenek tetapan yang disumbatkan dalam antara mukanya. Tetapi sokongan Apple CarPlay/Android Auto diberikan justeru masih sesuatu yang positif untuk SUV ini.

Jika roda stereng tidak menghalang, kluster instrumen digital kelihatan agak bagus dengan kesan 3Dnya, dan terdapat sejumlah penyesuaian yang baik untuk paparan digital tersebut.

Ruang poket di sekitar kabin juga agak bagus. Perlu diingatkan, bahagian glovebox juga dipasang kotak fius jadi separuh ruang telah dimakan. Dulang simpanan barang bertingkat lebih dari mencukupi untuk mengeluarkan semua barangan kecil dari poket anda.

Baca: Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’?

Apa yang boleh kami katakan ialah, ruang simpanan adalah lebih baik berbanding Toyota Corolla Cross. Poket pintu boleh memuatkan botol sebesar 1.5 liter dan ruang but dinilai pada 405 liter yang agak luas.

Ruang but 405 liter

Dari segi ruang untuk penumpang, kabin tidak begitu luas, jadi untuk memuatkan tiga penumpang secara sejajar di tempat duduk belakang akan menjadi sukar. Walaubagaimanapun, ruang lutut dan ruang kepala agak mengagumkan untuk kereta sebesar ini.

Penguji kami dengan ketinggian 177 cm hampir berjaya memuatkan tiga bola tenis di ruang lutut dan satu setengah bola tenis di ruangan kepala.

Pengalaman pemanduan – Ketangkasan sebuah hatchback

Dalam SUV subkompak ini, stereng kecil terasa lebih sesuai - disebabkan oleh stereng yang sama digunakan pada Peugeot 3008 atau Peugeot 5008 yang lebih besar. Ia terasa satu jari lebih ringan pada kelajuan rendah dan rak stereng itu sendiri agak pantas, jadi ketangkasan di sekitar bandar sangat baik.

Ia juga membantu bahawa saiz keseluruhan Peugeot 2008 adalah sedikit kecil berbanding Honda HR-V. Bagi mereka yang takut untuk memandu kereta yang lebih besar, ini akan menjadi nilai tambah kepada anda kerana ia mudah untuk diletakkan atau dilalui di kawasan yang sempit.

Semasa bergerak, Peugeot 2008 terasa lincah. Kelincahan ini dirasai berdasarkan cara ia memecut dan mengemudi. Ia adalah pengendali yang tajam tetapi lebih mengagumkan, ia sangat stabil pada kelajuan tinggi. Karakter ini dikreditkan kepada sistem gantungan yang dikalibrasi dengan baik, memberikan kualiti tunggangan yang bagus di lebuh raya.

0-100 km/j dalam 10.17 saat, 100-0 km/j dalam 41.47 meter

Walaupun kedudukan stereng tidak terasa organik atau ergonomik seperti sebuat Mazda CX-3, ia secara beransur-ansur stabil pada kelajuan yang lebih meningkat serta memberikan kestabilan yang baik di selekoh. Pemandu tentunya berasa yakin untuk mengambil selekoh dengan SUV ini, walaupun ia merupakan sebuah SUV.

Bagi enjin 3-silinder 1.2 liter, ia cukup kuat dan hampir cukup halus sehingga kebanyakan orang akan terlepas pandang bahawa ia adalah sebuah enjin 3-silinder. Penghantaran kuasa bagaimanapun, mungkin merupakan titik paling lemah dalam pengalaman pemanduan.

Peralihan 'gear' perlahan dan perubahan gear juga dapat dirasai. Ia juga mempunyai gelagat pelik seperti bergerak ke belakang pada jalan yang condong sedikit semasa melepaskan brek, mirip sebuah seperti transmisi automated manual (AMT). Terdapat juga keadaan di mana ia akan tersengguk-sengguk kerana lambat memberi keputusan gear mana yang hendak digunakan.

'Merayap' pada kelajuan rendah selepas meletakkan kereta juga terbukti mencabar. Kereta kekal pegun semasa anda melepaskan pedal brek perlahan-lahan, sehingga satu titik tertentu (ketika brek masih dalam pelepasan) di mana ia akan melompat ke hadapan - seolah-olah anda telah melepaskan brek sepenuhnya. Lebih aneh lagi, tiada fungsi Auto Hold yang menyebabkan karakter ini.

Ini bukan suatu perwatakan yang akan anda rasai serta-merta ketika sesi pandu uji, tetapi mungkin akan menjadi kegusaran semasa tempoh pemilikan anda. Atau mungkin biasakan sahaja dengan 'kekurangan' tersebut kerana tiada kenderaan yang sempurna.

Keselesaan – Jangan lupa, ia masih kereta 'Continental'!

Kami mempunyai teori tersendiri - di mana sistem suspensi yang hebat lahir daripada pengeluar kenderaan yang bertanding dalam kejohanan rali. Kebanyakan jenama yang telah menyertai kejohanan rali, mampu menghasilkan kereta dengan sistem gantungan yang ditala dengan betul. Maka tidak hairan jika talaan Peugeot sebegini elok.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia terasa stabil di lebuh raya, lancar melalui liku-liku jalan. Dengan struktur jalan Malaysia yang berlubang-lubang, Peugeot 2008 akan menjalani kebanyakannya dengan penuh keyakinan.

Ia tidaklah sempurna. Kadang kala, sebarang lekuk atau keadaan tidak rata mampu memberikan ketidakselesaan terutamanya pada bahagian belakang. Dalam hal ini, Toyota Corolla Cross masih memberikan tunggangan yang paling selesa dalam kelas ini.

Baca: Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga?

Dari segi bunyi, ia tidak sesenyap Corolla Cross. Ia kurang meredam bunyi luaran dan bunyi tayar dengan cukup berkesan, namun penggunaan set tayar yang lebih senyap mungkin akan membantu. Untuk lebih objektif, inilah yang didedahkan oleh alat pengukur tahap bunyi untuk Peugeot 2008:

Tahap 2022 Peugeot 2008
60 km/j 58 dB
90 km/j 64 dB
110 km/j 69 dB

Kadar Penggunaan Minyak

Selepas menempuh 102 km dengan nisbah 60% lebuh raya dan 40% pemanduan bandar, ia memerlukan 8.4 liter bahan api untuk mengisi tangki. Berdasarkan kiraan, penggunaan minyak Peugeot 2008 ini dikira pada 8.2 liter/100 km.

Bacaan komputer terbina dalam memaparkan purata penggunaan minyak 8.0 liter/100 km yang agak tepat.

Konklusi

Perkataan "eksentrik" mungkin telah diulang berkali-kali sepanjang ulasan ini, di mana ia sebenarnya menjadi tema di sini. Peugeot 2008 adalah SUV eksentrika berbanding kereta arus perdana hari ini dengan gaya melebihi prestasi dan ciri dalaman.

Pengalaman pemanduan jauh berbeza berbanding Toyota Corolla Cross, Honda HR-V, malah Proton X50, dengan cara yang baik. Malah, ketangkasan SUV ini lebih mirip kepada sebuah hatchback. Keselesaannya mungkin tidak sebaik Corolla Cross, tetapi kelas 'Corolla' itu sendiri adalah piawaian yang sangat tinggi untuk dicapai.

Suka kami ingatkan, jangan risau mengenai ergonomik peliknya. Anda akan terbiasa dengan ergonomik baharu ini selepas menghabiskan masa lebih banyak dengan SUV ini.

Halangan yang lebih besar ialah harga yang diminta pada RM 126,753 (atas jalan tanpa insurans dan SST), yang betul-betul berada di antara Honda HR-V (generasi kedua ketika artikel ini ditulis) dan Toyota Corolla Cross. Harga dan subjek kontroversi nilai jualan semula akan sentiasa dibangkitkan rakan-rakan anda.

Pada harga itu, adakah kami akan mengesyorkan anda untuk membeli Peugeot 2008? Hanya jika anda berkeras untuk menongkah arus perdana, tampil berbeza berbanding orang lain - seperti mana Peugeot berkeras dengan posisi tempat duduk dan sterengnya. Maka jawapan kami adalah ya, ia sangat disyorkan untuk anda seolah-olah dipadankan dari syurga eksentrika.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Peugeot 2008

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Peugeot 2008
Cek Lebih