window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan!

Haris Β· Jan 21, 2022 03:30 PM

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 01

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, pengedar baharu jenama Peugeot di Malaysia, telah melancarkan Peugeot 2008 serba baharu 2022. Model itu hadir sebagai SUV segmen B pemasangan tempatan (CKD) di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dan berharga RM 126,753 (harga atas jalan tanpa insurans dan SST) untuk varian Allure tunggal.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 02

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot 2008 2022 ialah SUV segmen B yang menentang saingan seperti Proton X50, Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, Subaru XV, dan Mazda CX-30.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 01

Keemua kenderaan yang dibina di kilang Stellantis di Gurun menjalani ujian ketahanan dan kualiti khusus di Malaysia. Hal ini bermakna, Peugeot 2008 serba baharu 2022 ini telah menamatkan ujian sehingga 200,000 kilometer dalam landskap iklim dan persekitaran Malaysia.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 02

 

Trenkuasa pada Peugeot 2008 ini dikekalkan daripada model generasi sebelumnya. Spesifikasinya adalah enjin 3-silinder 1.2 liter turbocaj Puretech yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Kesemua kuasa akan memacu roda hadapan. Walau bagaimanapun, hamburan kuasa juga telah meningkat kepada 130 PS / 230 Nm.

Baca: Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir!

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 03

Sebagai sebuah SUV yang penuh elegan, Peugeot 2008 mendapat lampu LED sepenuhnya dan lampu siang DRL menegak "triple-claw" ikonik, dengan 'taring' jalur tunggal yang meregang ke bahagian bawah bampar.

Di bahagian belakang, tema tiga taring turut menghiasi lampu belakang bersama-sama dengan lampu bergaya smoke. Melengkapi rupa ini adalah rim 17-inci yang dibalut dengan tayar berprofil 215/60.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 04

Di dalam, susun atur dan reka bentuknya merujuk kepada 'abangnya' iaitu Peugeot 3008 dan 5008 dengan reka bentuk i-Cockpit. Terdapat paparan instrumen 10-inci digital sepenuhnya dan stereng kompak yang direka bentuk untuk berada di bawah paparan instrumen. Hal ini bermakna, pemandu akan melihat kluster meter di atas stereng, sesuatu yang perlu dibiasakan untuk model Peugeot.

Baca: Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k!

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 05

Sistem infotainment skrin sesentuh 7-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto menjadi tumpuan utama, manakala audio disalurkan melalui enam pembesar suara.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 06

Konsol tengah yang ringkas

Dari segi keselamatan, Peugeot 2008 serba baharu 2022 didatangkan dengan 6 beg udara dan buat pertama kalinya, SUV berspesifikasi Malaysia ini menyertakan sistem ADAS, antaranya:

  • Active Safety Brake (AEB)
  • Active Lane Keeping Assist
  • Blind Spot Monitoring
  • Driver Attention Assist.

Terdapat juga fungsi High Beam Assist dan Visiopark 1 yang terdiri daripada kamera pandangan belakang 180 darjah.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 07

Kapasiti but belakang 434 liter

Barisan warna luaran untuk Peugeot 2008 generasi baru 2022 ini termasuklah warna kelabu Amazonite Grey, putih Pearl White, hitam Nera Black dan jingga Orange Fusion, menjadikan sejumlah 4 warna tersedia.

Peugeot 2008 serba baharu dilancarkan dari RM 126k - 1.2L turbo, 6AT, SUV kompak paling elegan! 08

Peugeot 2008 serba baharu 2022 didatangkan dengan Khidmat Penyelenggaraan Percuma selama 3 Tahun dengan had perbatuan 60,000km, yang mana satu datang dahulu. Ia juga disertakan dengan waranti standard 5 Tahun/100,000km, tertakluk kepada selang yang mana datang dahulu.

Baca: Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda