window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km

Faisal Β· May 9, 2023 06:00 PM

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 01

Setelah 4 tahun diperkenalkan, Peugeot nampaknya mengeluarkan satu kemaskini buat SUV segmen B mereka iaitu Peugeot 2008 2023 facelift.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 02

Dari segi visual, Peugeot 2008 yang terkenal dengan rupa paras cantik ini dilihat tampil dengan gaya yang lebih moden. Antara sentuhan baru adalah grafik lampu Peugeot terkini dengan elemen 3 cakaran yang telah dipindahkan kepada bahagian bawah. Gril depannya juga diperbaharui dan terdapat logo baru Peugeot.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 01

Beralih ke bahagian belakang, lampunya memperlihatkan grafik LED baru yang lebih tirus dan agresif.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 02

Melengkapi pembaharuan pada bahagian eksterior adalah reka bentuk rim dwi-tona baru yang ditawarkan dari saiz 16 – 18 inci, bergantung pada varian yang terdiri daripada Activa, Allure dan GT.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 03

Masuk ke bahagian dalam, Peugeot 2008 facelift kekal dengan falsafah i-Cockpit yang diperbaharui dengan kluster digital baru dan infotainment 10 inci.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 04

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 05

Selain itu, bilangan port USB dalam kabin juga ditambah dan ia turut merangkumi USB-C.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 06

Untuk pasaran yang menawarkan transmisi manual, model facelift hadir dengan tombol gear baru, manakala jenis automatik pula kekal dengan tombol sama yang diperkenalkan pada awal 2022. Apapun, sentuhan tersebut mungkin tidak akan masuk Malaysia kerana model CKD kita menggunakan transmisi automatik 6 kelajuan, bukan 8 kelajuan yang ada pada pasaran lain.

Juga bacaRebiu: Peugeot 2008 CKD Malaysia - Bosan tengok HR-V / Corolla Cross? Ini dia SUV Perancis mampu milik!

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 07

Dari segi trenkuasa, Peugeot akan memperkenal enjin petrol hibrid-sederhana 48V pada awal 2024. Ia menggandingkan nadi PureTech 136 PS, motor elektrik dan transmisi DCT 6 kelajuan.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 08

Di samping itu, varian EV iaitu e-2008 turut dikemaskini yang mana ia hadir dengan motor elektrik baharu yang meningkatkan kuasa kepada 156 PS. Kapasiti baterinya juga dinaik taraf dari 50 kWj kepada 54 kWj, sekaligus memberikan jarak pandu sehingga 406 km (kitaran WLTP).

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 09

Mengecas dari 20 – 80% pula sepantas 30 minit sekiranya anda menggunakan port pengecasan pantas DC 100 kW. Untuk jenis AC 3.2 kW, mengecas akan mengambil masa 11 jam 10 minit, manakala dari Wall Box 7.4 kW pula selama 4 jam 40 minit.

Peugeot 2008 2023 facelift debut dengan imej baru - jarak pandu varian EV e-2008 cecah 406 km 10

Antara pilihan trenkuasa yang ada termasuklah 1.2L turbo 3-silinder.

Untuk Malaysia, Bermaz Auto Alliance iaitu pengedar baru untuk Peugeot di sini memperkenalkan Peugeot 2008 pada Januari tahun lepas. Model facelift yang baru debut ini pula mungkin mengambil sedikit masa untuk dipasang di sini. Jadi, pelancarannya mungkin bukan dalam masa terdekat.

Untuk makluman anda, Peugeot 2008 di Malaysia dijual pada harga RM126,753.

Juga bacaPeugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda