window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k

Mersita · Jul 12, 2023 01:00 PM

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 01

Walaupun Kemboja tidak semaju negara Asia Tenggara lain, namun ia masih pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD) pertama dan barangkali pasaran pertama selain Indonesia yang telah melancarkan Toyota Yaris Cross berlandaskan platform DNGA – lebih awal daripada Thailand.

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 02

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dilancarkan bersama kembar Perodua Axia, Toyota Wigo, Yaris Cross spesifikasi Kemboja ini ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu trenkuasa petrol 1.5 liter D-CVT yang dijual pada harga bermula dari USD 37,500 (~RM 175k).

Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual-VVTi ‘naturally aspirated’ dengan 4 silinder yang digunakannya mampu menjana 106 PS dan 138 Nm. Kotak gear automatik D-CVT hadir dengan 7 gear virtual dan menggerakkan roda hadapan.

Juga baca: Toyota Yaris Cross HEV serba baharu didedahkan - enjin 1.5L hibrid, prebiu Perodua D66B untuk Malaysia?

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 01

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 02

Walaupun Kemboja mempunyai banyak teksi berkuasa hybrid, kebanyakannya model ‘parallel-imported’ daripada Amerika Syarikat. Cukai yang sangat tinggi dikenakan ke atas kereta baru, selain penduduknya yang lebih sukakan unit import terpakai, mungkin menjadi antara sebab mengapa Toyota Cambodia tidak membawa masuk Yaris Cross Hybrid.

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 03

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 04

Berdasarkan spesifikasinya, satu-satunya varian Yaris Cross di Kemboja ini mempunyai kelengkapan yang lebih kurang sama dengan varian petrol tertinggi di Indonesia iaitu varian S Type. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, skrin sentuh infohibur 10.1 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas peranti nirwayar, serta pintu bonet elektronik dengan pengesan kaki.

Juga baca: Harga Toyota Yaris Cross 2023 DNGA diumumkan di Indonesia - dari RM 109k, 6 varian

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 05

Dari segi keselamatan pula, Yaris Cross spesifikasi Kemboja ini didatangkan dengan 6 beg udara dan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Pre-Collision Warning (PCW), Lane Departure Warning (LDW), Auto High Beam (AHB), dan Rear Cross-traffic Alert (RCTA).

Toyota Yaris Cross DNGA dilancarkan di Kemboja - Enjin petrol saja, harga bersamaan RM 175k 06

Lebih menarik, ura-ura mengatakan bahawa Yaris Cross merupakan prebiu kepada SUV baru Perodua berkod nama D66B yang mungkin diposisikan di atas Ativa dan bakal bersaing dengan SUV seperti Proton X50. Memandangkan Yaris Cross juga ditawarkan dalam versi hybrid, SUV Perodua yang akan tiba itu barangkali bakal menjadi model hybrid pertama yang ditawarkan kepada orang awam oleh pengeluar kereta tempatan itu – selain Ativa Hybrid yang hanya boleh didapati menerusi langganan terhad.

Juga baca: Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda