window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023

Mersita · May 4, 2023 05:30 PM

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 01

Akhirnya, Peugeot e-2008 2023 kini sudah mendarat dan ditayang di Malaysia Autoshow 2023. SUV elektrik (EV) ini dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia menjelang suku keempat (Q4) 2023.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 02

Pada mulanya, e-2008 dijadualkan tiba di pasaran Malaysia pada suku keempat tahun lalu. Kehadirannya yang sedikit lambat boleh dikaitkan dengan ketidakpastian harga serta isu-isu rantaian bekalan yang biasa kita dengar. Harganya belum dimuktamadkan, maka kita perlu tunggu sehingga hujung tahun ini untuk info lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 01

Sebelum ini, e-2008 baru ditayangkan di Bangkok International Motor Show 2023 pada bulan lalu.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 02

Padan dengan namanya, e-2008 2023 ini merupakan SUV segmen B 2008 versi elektrik (EV) keluaran jenama Perancis itu.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 03

Ia berasaskan platform yang sama dengan 2008 petrol iaitu platform CMP, namun bezanya hanyalah pada lencana eCMP.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 04

Kuasa disalurkan daripada sebuah motor elektrik yang memacu roda hadapan, menjana kuasa 136 PS dan tork 260 Nm dibekalkan daripada bateri litium-ion 50 kWh.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 05

Berdasarkan kitaran WLTP, e-2008 boleh dipandu sejauh 345 km dari satu cas penuh. e-2008 2019 mempunyai jarak pandu rendah sedikit iaitu 310 km.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 06

Walaupun kapasiti baterinya kekal sama, jarak pandu tambahan ini diperolehi daripada tambahan nisbah kotak gear, tayar ‘rolling resistance’ rendah, dan satu pam haba baharu dengan penderia kelembapan ruang dalaman.

Pam ini adalah untuk mengawal kitaran semula udara di dalam kabin dengan lebih tepat bagi mengurangkan penurunan suhu, supaya penggunaan tenaga oleh sistem penghawa dingin kabin dapat diminimakan.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 07

Bateri e-2008 padan dengan pengecas pantas DC sehingga 100 kW, oleh itu caj daripada 0 – 80 peratus boleh dicapai dalam masa kira-kira 30 minit.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 08

Bagaimanapun, pengecasan AC biasa dengan pengecas wallbox 7.4 kW atau 11 kW akan mencapai 80 peratus masing-masing dalam tempoh 8 jam dan 5 jam.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 09

Berlainan dengan pengeluar kereta lain-lain yang membezakan model biasa dengan model versi EV menerusi penggayaan berbeza, Peugeot tidak memberi perubahan kosmetik yang ketara pada e-2008.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 10

Mereka yang bermata tajam boleh nampak perbezaan pada perumah jejaring berwarna badan kereta, ‘shutter’ jejaring aktif, rim ‘aero-optimised’, dan lencana ‘e’. Perlu diingatkan bahawa ‘shutter’ jejaring aktif dan rim ini merupakan standard bagi semua model 2008, termasuklah ‘underbody’ yang diperkemas.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 11

Di dalam kabinnya, e-2008 dihiasi trim Greval Grey Alcantara, i-Cockpit 3D Peugeot yang boleh dikonfigurasikan, serta stereng kompak. Data pemanduan dipancarkan sebagai hologram ke atas papan pemuka digital 3D tersebut. Ia turut dilengkapi sistem infotainmen berskrin sentuh kapasitif HD 10 inci.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 12

Kelengkapan keselamatan termasuklah 6 beg udara, ABS, EBD, BA, bantuan ‘hill-start’, kawalan kestabilan, TPMS, amaran titik buta, amaran perhatian pemandu, dan signal berbunyi untuk pejalan kaki pada kelajuan rendah.

ADAS termasuklah kawalan peluncuran adaptif dengan fungsi ‘stop & go’, bantuan kekal lorong serta brek berautonomi dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang sikal dalam cahaya malap.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 13

Di bawah seliaan Bermaz sebagai pengedar, e-2008 merupakan EV pertama Peugeot di Malaysia dan apabila ia tiba kelak, ia melengkapkan barisan tawaran EV pengedar ini yang disertai Mazda MX-30 dan Kia EV6.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 14

Bermaz hanya akan membawa masuk sejumlah unit terhad yang diimport (CBU) daripada kilang Stellantis Vigo di Sepanyol. Buat masa ini, kilang di Galicia itu adalah yang satu-satunya menghasilkan e-2008 elektrik.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 15

Apabila Peugeot e-2008 tiba kelak, ia akan dijual di samping saudara petrolnya iaitu Peugeot 2008 Allure yang dijual pada harga RM 134,103.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 16

Dengan tubuhnya yang kecil, e-2008 dijangka bersaing secara langsung dengan Hyundai Kona Electric dan Mazda MX-30. Walaupun harga e-2008 di Malaysia belum diumumkan, pembeli boleh menjangkakan harga dalam julat lebih kurang sama dengan Kona dan MX-30.

Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023 17

Anda nak lihat sendiri Peugeot e-2008? Anda boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2023 yang kini sedang berlangsung di MAEPS Serdang bermula 3 Mei sehingga 7 Mei 2023.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia