window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek

Mersita Β· Dec 23, 2021 01:00 PM

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 01

  • Peugeot akan lancar SUV elektrik sepenuhnya
  • Pelancaran dijangka pada Q4 2022
  • Jarak perjalanan sehingga 310 km

Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. (BAASB, dahulunya dikenali sebagai Berjaya Auto Alliance Sdn. Bhd.) telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Peugeot e-2008 EV 2022 di Malaysia.

SUV elektrik sepenuhnya dari jenama Perancis itu akan dilancarkan di sini pada sekitar suku keempat 2022, maklum sumber yang rapat dengan hal ini.

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini bermaksud BAASB boleh menjual model e-2008 ini pada harga bebas cukai selama kira-kira setahun sebelum tarikh pengecualian cukai import dan eksais bagi kenderaan elektrik berbateri (BEV) unit import (CBU) luput pada 31 Disember 2023.

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 01

Di samping itu, BAASB juga sedang merancang untuk melancarkan Peugeot Landtrek betul-betul sebelum ketibaan e-2008, dijangka akan berlangsung pada suku ketiga 2022.

Baca juga: Peugeot Landtrek akan dilancar ke Malaysia pada 2022, pencabar Hilux dari Perancis bakal tiba!

Spesifikasi Peugeot e-2008

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 02

Berdasarkan 2008 yang biasa (pernah dikesan beberapa kali di sini), e-2008 menjana kuasa 136 PS dan tork 260 Nm, dikuasakan oleh pek bateri 50 kWh.

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 03

Dibawah kitaran ujian WLTP, ia mempunyai jarak perjalanan sehingga 345 km – lebih tinggi berbanding model 2019 dengan jarak 310 km.

Baca juga: Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 04

Peugeot e-2008 padan dengan pengecas pantas DC 100 kW dimana ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dicas dari 0 hingga 80 peratus.

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 05

Pengecas AC biasa menggunakan kapasiti kuasa 7.4 kW atau 11 kW masing-masing akan memakan masa pengecasan selama 8 jam dan 5 jam.

Apakah anggaran harga untuk Peugeot e-2008 di Malaysia?

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 06

Di UK, harga bagi e-2008 bermula dari GBP 33,230 (~RM 185,000), lebih mahal daripada harga permulaan bagi Mazda MX-30 (GBP 25,545, atau ~RM 142,000 selepas insentif) dan harga asas bagi Hyundai Kona Electric (GBP 30,450, atau ~RM 169,440).

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 07

Walaupun e-2008 lebih mahal berbanding pilihan SUV sub-kompak yang lain, ia mempunyai jarak perjalanan lebih panjang (209 km bagi MX-30 dan 305 km bagi Kona Electric, kedua-duanya dibawah kitaran WLTP serupa).

Baca juga: Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV!

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 08

Samada sususan harga ini akan jadi sama di pasaran Malaysia atau tidak masih tidak dapat disahkan. Ini adalah kerana harga muktamad sesebuah kereta bergantung pada pelbagai faktor lain dan bukannya pada harga borong/pindahan kenderaan itu semata-mata.

Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek 09

Di Malaysia, harga Hyundai Kona Electric bermula dari RM 149,888 hingga RM 199,888. Mazda MX-30 EV dijangka akan dijual pada harga dalam julat yang sama.

Baca juga: Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda