window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti!

Mersita · Aug 22, 2023 10:00 AM

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 01

Pasaran crossover kompak dipopularkan oleh jenama-jenama Jepun dan China-Malaysia yang terlalu biasa kita lihat di mana-mana. Bagi yang mahu tampil berbeza dan lain daripada orang lain, mungkin anda boleh cuba Peugeot 2008 yang tak kurang hebatnya.

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 02

Walau rekaannya menarik dan ranggi, 2008 ialah sebuah crossover kompak yang berkebolehan. Mungkin rupa bentuknya unik, tapi kereta jenama Perancis ini cukup digemari ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 01

Malah, di ruang kabinnya, 2008 tampil elegan dengan papan pemuka yang melengkung ke arah pemandu, stereng berbentuk heksagon, dan kluster instrumen digital dengan efek 3D yang menarik.

Juga baca: Peugeot 2008 Special Edition (SE) dipertingkat perincian agresif, kini makin garang!

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 02

Tapi, jika anda sangka SUV segmen B ‘berbangsa’ Perancis ini hanya cantik pada rupa tapi kurang ‘sengatnya’ dalam prestasi, anda salah. Ia sebuah SUV yang cukup lincah dengan pengendalian seperti hot hatch.

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 03

Saiznya lebih kecil daripada HR-V. Maka, Peugeot 2008 boleh jadi jawapannya kepada mereka yang mahukan sebuah kereta yang mudah dipandu di kawasan bandar. Lagipun, enjin 1.2 liter berpengecas turbo 3 silinder (130 PS/230 Nm) yang dipadatkan di dalamnya bukanlah enjin biasa-biasa yang ‘lemau’ dan tidak mengujakan.

Jika keselesaan jadi keutamaan anda, maka 2008 ialah pilihan hebat kerana suspensinya memberikan pemanduan selesa walau di jalan kurang rata.

Juga baca: Rebiu: Peugeot 2008 CKD Malaysia - Bosan tengok HR-V / Corolla Cross? Ini dia SUV Perancis mampu milik!

Apa yang 'best' dengan Peugeot 2008? Cuba sendiri di Carlist Drive Auto Fair September nanti! 04

Peugeot 2008 yang dipasang tempatan (CKD) di Gurun, Kedah dijual pada harga bermula dari RM 133,388 bagi varian tunggal, Allure. Nak lihat dan rasai sendiri SUV kompak Perancis ini bolehlah berkunjung ke Carlist.my Drive Auto Fair di Setia Alam Convention Centre pada 1 – 3 September 2023 bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Jika anda berminat, anda boleh mendaftarkan kehadiran secara atas-talian atau di lokasi pameran dan berpeluang memenangi Soundstream Anzuo Android Car Player bernilai RM 2,688!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda