window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k!

Haris Β· Nov 3, 2021 10:15 AM

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 01

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd telah memulakan langkah pertama sebagai pengedar jenama Peugeot di Malaysia dengan pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 2021 Peugeot 5008. Kedua-dua SUV ini disasarkan untuk golongan yang mahukan keanggunan Perancis dalam pemanduan seharian mereka, di samping 2021 Peugeot 5008 yang mampu memuatkan sehingga 7-penumpang bagi keluarga yang memerlukan lebih ruang.

Kedua-duanya ditawarkan dalam satu varian seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Peugeot 3008 1.6L ALLURE - RM 161, 616.66

  • Peugeot 5008 1.6L ALLURE - RM 177,311.90

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 01

Kedua-dua model berkongsi enjin yang sama melalui enjin 1.6L turbo Twin Scroll Turbo High Pressure (THP), yang memberikan 166 PS kuasa kuda yang mantap dan 240 Nm tork. Enjin pengecas turbo itu dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang lancar dengan pacuan 2WD.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 02

Sebagai sebahagian daripada komitmen Peugeot terhadap reka bentuk berinspirasikan naluri, bahagian hadapan Peugeot GEOT 3008 & Peugeot 5008 Baharu telah berkembang ke arah gaya yang tersendiri dan unik seperti mana-mana generasi baharu Peugeot.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 03

Gril nirbingkai baharu ditampilkan di bahagian hadapan, manakala skup sisi hitam berkilat dan yang bersepadu dengan bampar depan baharu. Perincian terbaru menyaksikan hidung bonet kini dengan bangganya memaparkan monogram nama model, di mana ia selari dengan keseluruhan rangkaian model Peugeot.

Lampu hadapan juga telah direka bentuk semula dengan rekaan yang tampil lebih agresif serta menampilkan teknologi LED dengan lampu sisi rekaan mengalir.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 04

Di bahagian belakang, lampu belakang baharu yang dinaik taraf menampilkan teknologi LED penuh dengan lampu belakang Peugeot dengan kesan 3D cakaran dan lampu penunjuk. Beberapa ciri-ciri rekaan luar termasuklah:

  • Rim 18” Los Angeles Wheels pada Peugeot 3008

  • Rim aloi 18” Detroit pada Peugeot 5008

  • But Belakang Kuasa bebas tangan

  • Bumbung Suria Panoramik

  • Kemasukan Tanpa Kunci 

  • Sensor Parkir Depan & Belakang

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 05

Bergerak ke bahagian dalam pula, perbezaan antara kedua-dua model adalah kapasiti tempat duduk. Peugeot 3008 menampilkan konfigurasi 5-tempat duduk manakala Peugeot 5008 menampilkan konfigurasi 7-tempat duduk yang telah dioptimumkan untuk menawarkan keluasan yang baik dan dilengkapi dengan susun atur modular yang praktikal.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 06

Kedua-dua model menampilkan teknologi i-Cockpit® digital Peugeot yang terdiri daripada paparan kluster headunit digital 12.3 inci, stereng kompak untuk dinamik pemanduan yang dipertingkatkan, dan paparan infotainment 10-inci skrin sesentuh kapasitif Berdefinisi Tinggi.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 07

Ia juga dilengkapi dengan tujuh "toggle switch" gaya piano yang elegan, membenarkan akses secara langsung kepada fungsi keselesaan utama: audio, penghawa dingin, navigasi dengan arahan suara, tetapan kenderaan, telefon, aplikasi mudah alih dan lampu amaran bahaya. Apple CarPlay® dan Android Auto™ juga datang sebagai standard. 

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 08

Model pasaran Malaysia menawarkan pengecasan telefon pintar nirwayar yang terletak di konsol tengah untuk kedua-dua model Peugeot 3008 dan Peugeot 5008. Selain itu, ciri-ciri keselesaan dalaman yang lain termasuklah:

  • Lampu ambien

  • Paddle Shifter

  • Penyaman Udara dua-zon (dengan kawalan blower belakang untuk Peugeot 5008)

  • Kerusi Kulit

  • Brek Parkir Elektrik

  • Kerusi Pelarasan Kuasa 6 Hala

  • Pilihan Mod Pemanduan (Mod Sukan)

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 09

Ciri keselamatan standard termasuk 6 Beg Udara SRS, Sistem Brek Antikunci (ABS), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Regulasi Anti-Skid (ASR), dan Bantuan Mula Daki.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 10

Teknologi keselamatan yang ditawarkan juga moden dan mengikut standard terkini. Berikut adalah antara ciri keselamatan yang dilengkapi pada kedua-dua model:

  • Visiopark 1, yang terdiri daripada kamera pandangan belakang 180°

  • Bantuan Menjaga Lorong Aktif

  • Amaran Perhatian Pemandu

  • Pengesanan Had Laju

  • Pemantauan Titik Buta

  • Kawalan Cengkaman Lanjutan, membolehkan sistem kawalan cengkaman yang lebih optimum dengan 5 mod cengkaman (Normal, Salji, Lumpur, Pasir dan ESP dimatikan)

  • Hill Assist Descent Control (HADC) membolehkan anda mengawal kenderaan anda dan trajektorinya dengan selamat dan sempurna di cerun yang curam.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 11

Kedua-dua Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 Baharu dipasang secara tempatan di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah. Semua kenderaan yang dibina di kilang pemasangan Stellantis di Gurun menjalani ujian ketahanan dan kualiti khusus di Malaysia, untuk memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya untuk keadaan tempatan dan untuk memenuhi keperluan pelanggan Malaysia. Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 telah mengharungi ujian sejauh 300,000 kilometer dalam kepelbagaian iklim dan landskap alam sekitar Malaysia.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 12

Tawaran warna untuk kedua-dua model termasuk Amazonite Grey, Pearl White dan Nera Black. Selain itu, warna eksklusif model termasuk Cuprite Brown untuk Peugeot 3008 dan Emerald Crystal untuk, menjadikan sejumlah 4 warna tersedia untuk kedua-dua model.

Harga jualan untuk Peugeot 3008 bermula dari RM 161,616.66 manakala Peugeot 5008 pula berharga RM 177, 311.90 termasuk 100% Pengurangan Cukai Jualan (SST) pada model CKD, sah kini hingga 31 Disember 2021.

Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k! 13

Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 Baharu didatangkan dengan penyelenggaraan Servis Percuma 3 Tahun dengan had perbatuan 60,000km, yang mana datang dahulu. Kedua-dua Peugeot 3008 & Peugeot 5008 baharu juga didatangkan dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun standard, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana dahulu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Peugeot 3008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda