Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia?

Setiap orang pasti ada definisi kereta terbaik dalam kamus hidupnya. Tetapi kalau ikut logik akal, kriteria seperti harga boleh dimiliki, kabin yang praktikal dan luas, gaya, teknologi terkini, trenkuasa moden yang laju, keseimbangan pengendalian dan keselesaan, kelegaan tanah, jangka hayat, kos penyelenggaraan yang rendah serta saiz yang kompak akan membentuk sebuah pakej yang ideal. Tapi dalam dunia ini, mana ada benda yang sempurna kan?

Gambaran keseluruhan Honda HR-V 1.5 V
Harga RM 134,800
Segmen SUV segmen B
Enjin 1.5L turbo 4-silinder
Transmisi CVT
Kuasa 181 PS
Tork 240 Nm
Asal CKD, Pegoh, Alor Gajah, Melaka

Tempoh hari, kami berpeluang untuk menguji pandu Honda HR-V selama seminggu dan apa yang boleh dikatakan adalah crossover ini banyak memenuhi kriteria tersebut walaupun ada beberapa kekurangan. Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan dengan rupa paras kerana inilah daya tarikan HR-V selama ini.

Eksterior – stylo dan tidak nampak konvensional

Pertama sekali dari segi bentuk dan kalau anda masih ingat pada gambar dan video komersial waktu mula-mula keluar, ia tidak nampak begitu fotogenik tetapi melihat depan-depan, Honda HR-V kali ini betul-betul nampak memukau dan bergaya. Jika diletak bersebelahan dengan crossover kompak di segmen premium pun, mungkin HR-V takkan tenggelam langsung. Berbanding dengan pesaing terdekat iaitu Toyota Corolla Cross juga, rupa paras yang sebegini memang akan mencuri perhatian anda dahulu. Menariknya, varian pengenalan 1.5 S juga tidak nampak asas langsung.

Antara aspek yang membantu menaikkan unsur gaya pada HR-V sudah tentulah elemen lampu belakang jenis melintang yang menjadi trend pada masa sekarang. Sentuhan ini sekaligus menjauhkan lagi jurang perbezaan dengan Corolla Cross dari segi keunggulan reka bentuk. Jadi, eksterior memang A.

Interior – premium dan praktikal

Bercakap mengenai gaya, kabin HR-V juga mengekalkan unsur seni yang mana ia memperlihatkan penampilan yang lebih menarik berbanding pesaing lain. Kalau anda masih ingat, peratusan bahan kulit pada bahagian dalam HR-V generasi terdahulu agak tinggi untuk segmennya dan sentuhan itu dikekalkan lagi pada generasi sekarang.

Ditambah pula dengan tombol kawalan yang sedap dan bahasa reka bentuk terkini, pengalaman berada dalam kabin HR-V benar-benar rasa unik dan istimewa. Kalau bercakap secara kritikal, bahan plastik keras tetap ada tetapi apa yang bersentuhan atau dekat dengan mata anda sememangnya kulit belaka.

Namun begitu, skrin infotainment yang dilengkapkan masih tiada ciri kamera 360-darjah dan ia juga bukan jenis skrin terapung seperti yang ada dalam pasaran lain. Tetapi dari segi pengalaman mengguna, sistem operasi dan kualiti audionya boleh dikatakan memuaskan dan nak buat sambungan Bluetooth atau Apple CarPlay/Android Auto pun hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Cumanya, grafik dan perumah skrin itu sendiri tidak secantik yang ada pada Civic. Mungkin Honda di rantau ini betul-betul hendak menunjukkan bahawa walaupun dengan kabin premium, HR-V masih satu segmen di bawah Civic.

Juga bacaRebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!

Soal praktikaliti pula bagaimana? Well…kalau dah nama Honda, memang tak terlawan lah cerita dia dan tidak mengejutkan, SUV gaya hidup ini kekal dengan banyak tempat meletak barang dan ruang kabin yang luar biasa luas. Membandingkan aspek ini dengan Corolla Cross boleh dikatakan macam langit dan bumi.

Mengenai corong penyaman udara azimat Air Diffusion System, ia benar-benar berkesan untuk mereka yang tidak suka hembusan terus ke anggota badan. Namun begitu, setiap kali tombol diubah ke mod Diffuse, kabin akan rasa sedikit panas tetapi itu hanya pada mula-mula sahaja.

Kemudian beralihlah kita ke bahagian tempat duduk dan dalam hal ini, penulis ada banyak pengalaman ‘tak best’ dengan Honda, khususnya pada bahagian depan kerana apa yang selalu dirasa adalah sokongan yang tidak cukup atau rasa terlebih pada bahagian tulang belakang bawah. Syukurnya, sejak Honda City 2020 diperkenalkan, Honda telah memperbaiki isu ini dan selain Civic, nampaknya HR-V juga tidak terlepas daripada suntikan ini. Pendek kata, untuk segmen B, ia dikira benar-benar selesa dan boleh dikatakan setanding dengan tempat duduk Toyota.

Apa yang bonusnya pada HR-V adalah pada tempat duduk belakang di mana ruang kakinya seluas alam dan kusyen serta sudut bangku dan sandarnya tidak akan buat penumpang merungut. Mengenai tempat duduk tengah, tidak dinafikan ia sedikit tinggi tetapi dengan ruang yang lapang beserta tabiat rakyat Malaysia yang suka selit selagi muat, HR-V sememangnya lulus dalam bab keperluan pengguna.

Penutup but terbaik di dunia. Macam inilah yang patut semua pengeluar SUV contohi.

Cumanya, kapasiti but HR-V kali ini agak kecil tetapi keunggulan tempat duduk belakang jenis Ultra Seats yang boleh dikonfigurasi untuk mengutamakan barang berbanding penumpang terbukti sangat membantu. Jadi, A juga untuk bahagian kabin.

Pemanduan – dah solid tetapi ada 2 kelemahan utama

Kemudian, masuklah kita ke bab pemanduan dan buat julung kalinya, talaan yang dibuat pada suspensi HR-V benar-benar rasa berkualiti. Sebagai contoh, impak dari lubang jalan sudah rasa kemas dan tidak lagi “gedegang” bak tin kosong macam kebanyakan Honda generasi sebelumnya. Penyerapan cacat cela permukaan jalan juga dibuat dengan baik tanpa sebarang kekasaran. Ditambah pula dengan talaan brek dan minyak yang linear, ia secara tidak langsung membentuk pengalaman memandu yang selesa.

Akan tetapi, sama seperti Honda-Honda generasi sekarang, pergerakan naik turun badan sewaktu melalui jalan yang beralun didapati sedikit keterlaluan. Itu baru naik seorang. Bayangkan kalau bawa banyak barang atau lebih penumpang. Penyerap hentakan (absorber) yang lembut sebegini secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan pemandu sewaktu melalui jalan yang sebegitu. Penumpang juga mungkin boleh pening. Jadi dalam hal ini, anda yang berminat untuk beli HR-V mungkin kena beri sedikit penekanan.

Kalau anda nak tahu, di sinilah Toyota Corolla Cross betul-betul tapau HR-V kerana kawalan badannya lebih kemas. Sementara kita bercakap tentang kekurangan, terdapat satu lagi isu yang boleh buat anda potong stim iaitu bunyi tayarnya tidak rileks langsung. Berdasarkan ujian tahap bunyi WapCar, Honda HR-V mencatatkan bacaan 70 dB pada kelajuan 110 km/j, antara kereta terbising yang pernah kami rekod. Tetapi kalau anda jenis boleh biasakan, benda ini mungkin perkara kecil sahaja.

Apa yang tidak menjadi isu langsung adalah dari segi prestasi kerana enjin 1.5L VTEC Turbo dengan hembusan 181 PS/240 Nm ini betul-betul memberikan pecutan yang mantap. Kami sendiri merekodkan bacaan 0 – 100 km/j dalam masa 8.82 saat sahaja.

Barangkali dalam segmen B dan julat harganya, inilah SUV paling ‘power’. Ditambah pula dengan stereng dan transmisi CVT yang agak responsif, karakter pemanduan dan pengendalian HR-V boleh dikatakan dinamik sekiranya mod ditukar kepada Sport.

Bercakap mengenai pemanduan, transmisi CVTnya juga agak senyap tetapi kalau lenjan sampai ke lantai, bunyi mengaung itu tetap ada. Tetapi kalau fikir balik, berapa kerap sangatlah anda kena tekan habis kalau enjin turbonya pun dah sebegini bertenaga?

Cumanya, yang kurang memuaskan adalah bab penggunaan petrol. Berdasarkan gabungan pemanduan dalam bandar dan lebuh raya, HR-V hanya dapat merekodkan bacaan serendah 9.11 L/100 km, agak banyak tetapi dengan lonjakan kuasa turbo yang diberi, barangkali hanya segelintir sahaja yang akan rungut. Lagipun, kalau nak jimat petrol, mod Econ kan ada. Kalau tak cukup jimat lagi, Honda Malaysia sendiri pun ada menawarkan varian hibrid.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Honda HR-V e:HEV RS 2022, adakah ia lebih baloi daripada Corolla Cross Hybrid?

Sebagai sebuah SUV keluarga juga, HR-V kena ‘perform’ dalam aspek keselamatan dan seperti mana-mana model Honda yang ada ADAS Sensing, input kawalan stereng, brek dan minyaknya terbukti sangat lancar dan tidak mengejutkan. Senang kata, ia membuat anda percaya dan hendak menggunakan teknologi bantuan memandu tersebut.

Ditambah pula dengan adanya ciri Low Speed Follow, tersekat dalam kesesakan jalan raya pun tak meletihkan langsung kerana selain memerhati keselamatan sekeliling, pemandu langsung tidak perlu memberi sebarang input. Cumanya, kalaulah ada ciri amaran titik buta, mesti lebih lengkap kerana penggunaan paparan visual LaneWatch hanyalah untuk belah kiri. Belah kanan, sendiri faham lah.

Konklusi – kereta RM 130k+ paling sempurna?

Berbalik kepada topik asal berkenaan pakej kereta ideal, Honda HR-V kali ini nampaknya memenuhi hampir semua kriteria yang boleh difikirkan oleh rakyat yang mahukan sebuah kereta yang tidak terlalu besar dengan harga yang tidak terlalu mahal. Senang kata, kalau anda perlu ada satu kereta sahaja, mungkin inilah jodoh anda. Walaupun ada beberapa kelemahan, perlu diingatkan bahawa HR-V hanya sebuah segmen B dan untuk kategori tersebut, tiada apa yang boleh menandingi kehandalan pakej yang ada pada legenda ini.

Jadi, tidak hairankan kalau HR-V kekal sebagai fenomena dan menjadi idaman ramai. Dengan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jangka hayat dan kos membela produk Honda juga, mungkin inilah kereta paling ‘lulus’ untuk julat harga RM 130k+ ke bawah. Sebutlah apa sahaja keutamaan anda dalam lingkungan harga tersebut, barangkali semuanya ada pada Honda HR-V.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda HR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda HR-V ‘V’ 1.5 Turbo Review in Malaysia, Just About Right for Anyone!

2022 Honda HR-V 1.5 V in Malaysia, Turbo Power!

2022 Honda HR-V 1.5 e:HEV RS Review, Superbly Smart & Sexy Family SUV

2021 Perodua Ativa vs Used Honda HR-V Comparison Review, Which Would You Get?

2021 Honda HR-V 1.8 RS in Malaysia, Now With Apple CarPlay, Is it Still Good?

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda HR-V
Cek Lebih