window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun?

Zamil Syaheer · Mar 22, 2022 06:00 PM

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 01

Selepas lebih daripada 2 tahun, harga kereta bebas SST akan tamat tidak lama lagi pada 30-Jun 2022. Dengan masa kurang daripada 3 bulan, kami ingin kongsikan jenama mana yang boleh menghantar kereta kepada pelanggan tepat pada masanya. Sila ambil perhatian bahawa kami bercakap dengan jenama yang berada di PACE.

Untuk pemahaman yang lebih baik, kami bercakap dengan beberapa pengeluar kereta untuk melihat model manakah yang boleh dihantar sebelum tempoh bebas SST tamat.

Mercedes-Benz

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut staf jualan jenama mewah ini, model seperti Mercedes-Benz A200 Sedan dan Mercedes-Benz E200 boleh dihantar tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, model SUV Mercedes-Benz seperti Mercedes-Benz GLA, Mercedes-Benz GLC, atau Mercedes-Benz GLE pula, tempoh menunggu bakal menjangkau melebihi 30-Jun.

Baca juga: Mercedes-Benz Malaysia – bekalan cip & stok CKD cukup untuk kejar harga potongan SST

BMW

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 01

Berbanding SUV Mercedes-Benz yang tidak boleh dihantar kepada pemilik dalam tempoh bebas SST, staf jualan BMW memberitahu kami bahawa BMW X1 dan BMW X5 boleh dihantar tepat pada masanya. Ini termasuklah dengan model peringkat permulaan BMW, BMW 218i Gran Coupe.

Untuk model seperti BMW 320i dan BMW X4 pula, penghantaran sebelum 30-Jun mungkin sedikit sukar. Bagi BMW 5 Series pula, penghantaran sebelum tempoh bebas SST bergantung kepada warna yang dipilih oleh pembeli.

Hyundai

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 02

Ioniq 5 yang dilancarkan baru-baru ini boleh dihantar sebelum tempoh bebas SST tamat, tetapi merurut jurujual Hyundai, ianya terhad kepada varian Lite.

Ini bermakna harga Ioniq 5 mungkin akan naik sedikit kerana penghantaran selepas 30-Jun 2022 akan dikenakan 10% cukai SST.

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 03

Walau bagaimanapun, memandangkan ia adalah BEV yang diimport sepenuhnya (CBU Korea), harga untuknya masih akan dikecualikan daripada duti import dan eksais, serta cukai jalan, sehingga 31-Disember 2023.

Baca juga: EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 04

Model seperti Starex dan Santa Fe mempunyai tempoh menunggu yang minimum, manakala tempoh menunggu Kona tertakluk kepada warna yang dipilih. SUV terbesar Hyundai, Palisade, juga mempunyai tempoh menunggu yang boleh melangkaui 30-Jun.

Volvo

Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun? 05

Tempoh menunggu untuk Volvo bergantung kepada model. Staf jualan Volvo tidak mendedahkan butiran yang lebih lanjut.

Senang cerita, jika anda ingin membeli kereta baharu untuk memanfaatkan harga bebas SST, sebaiknya semak dengan jurujual masing-masing untuk mengetahui sama ada penghantaran boleh dibuat sebelum 30-Jun 2022.

Baca juga: Bajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda