Pemandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang viral akibat memandu secara samseng di lebuh raya MRR2 baru-baru ini akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis.
Juga baca: Video: Pemandu Perodua Myvi tunjuk batang kayu ketika memandu, kini diburu polis!
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Kuala Lumpur, lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan pada hari Isnin yang lalu di sekitar Kuala Selangor. Menariknya, nombor pendaftaran yang suspek gunakan juga terbukti palsu.
Suspek kini sedang direman sehingga hari Jumaat untuk siasatan lanjut. Apapun, mangsa, saksi atau pemilik klip rakaman dashcam ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi membantu siasatan.
Kertas siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.
Sumber: Kosmo
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}