Honda Japan sebentar tadi baru sahaja mengiklankan Honda ZR-V iaitu versi global untuk Honda HR-V yang ada di pasaran Amerika Syarikat.
Seperti yang pernah kami maklumkan, Honda ZR-V merupakan sebuah SUV yang berasaskan model Civic. Ia dicipta untuk mengisi jurang antara HR-V (berasaskan City) dan CR-V (berasaskan Civic). Apapun, Honda telahpun mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan jualan CR-V di Jepun.
Di bawah pula adalah perbezaan dimensi buat ZR-V, HR-V yang berasaskan City dan Toyota Corolla Cross:
Perbezaan dimensi | |||
---|---|---|---|
Model | ZR-V | HR-V | Corolla Cross |
Panjang (mm) | 4,568 | 4,385 | 4,460 |
Lebar (mm) | 1,840 | 1,790 | 1,825 |
Tinggi (mm) | 1,621 | 1,590 | 1,620 |
Jarak roda (mm) | 2,655 | 2,610 | 2,640 |
Untuk makluman anda, ZR-V di pasaran Eropah datang eksklusif dengan trenkuasa hibrid i-MMD. Model di pasaran China pula menggunakan enjin petrol 1.5L turbo. Untuk yang Jepun ini, ia ditawarkan dengan kedua-duanya sekaligus.
Dari segi prestasi, Honda belum mendedahkan sebarang angka tetapi melihat kepada Civic, trenkuasa turbo sepatutnya menghasilkan 182 PS dan 240 Nm tork. Enjin hibrid kalau mengikut Civic Hatchback yang ada di Eropah pula menghembuskan 184 PS dan 315 Nm tork.
Seperti HR-V di pasaran Amerika, Honda ZR-V di Jepun juga dijangka menggunakan suspensi belakang jenis multi-link. Yang menariknya, tinjauan pada laman rasmi Honda di Jepun menunjukkan bahawa varian hibrid hadir dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Pada masa yang sama, tempahan model ini juga akan dibuka di Jepun pada September akan datang.
Juga baca: Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}