window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Abang Viva lulus Kursus Asas Pertahanan Awam, mahu lebih ilmu menyelamat

Mersita ยท Jul 18, 2022 03:00 PM

Abang Viva lulus Kursus Asas Pertahanan Awam, mahu lebih ilmu menyelamat 01

Sebagai seorang sukarelawan yang giat menyertai misi menyelamat di seluruh negara, Abang Viva baru saja menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam Negeri Melaka Siri 2/2022 di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) di Ayer Keroh, Melaka pada hujung minggu lalu.

Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar, memberitahu pemberita yang kursus berkenaan memberikannya lebih keyakinan dalam misi bantuan awal mangsa bencana pada masa akan datang. Antara kemahiran asas yang dipelajarinya dalam kursus tiga hari berkenaan termasuklah cara memberi bantuan pernafasan (CPR), pelbagai cara ikatan berguna dan macam-macam lagi.

Abang Viva lulus Kursus Asas Pertahanan Awam, mahu lebih ilmu menyelamat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Sebelum ini tengok orang pengsan pun saya lari, sekarang insya-Allah saya boleh bantu dengan ilmu yang ada,” katanya kepada pemberita Utusan Malaysia.

Namun, Azwan merasakan yang kursus berkenaan terlalu pendek dan dia berharap dapat menambah lagi pengetahuan dengan latihan lebih lama.

Abang Viva lulus Kursus Asas Pertahanan Awam, mahu lebih ilmu menyelamat 01

Mitsubishi Triton yang dihadiahkan kepada Azwan, sering digunakan untuk misi menyelamat

Juga baca: Abang Viva masih aktif bantu mangsa banjir, kali ini di Baling walaupun lambat sikit

Azwan mula dikenali ramai setelah menyertai misi menyelamat mangsa banjir di Shah Alam tahun lalu, apabila dia datang dari Melaka hanya dengan berbekalkan wang RM 50, sebuah Perodua Viva dan bot berserta enjin di bumbung hatchback lama berkenaan. Abang Viva sejak itu menjadi ikon #KitaJagaKita bagi rakyat Malaysia di seluruh negara.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda