Perodua sebentar tadi baru sahaja memberikan maklumat baru berkenaan jumlah tempahan buat Alza 2022.
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin, tempahan Perodua Alza 2022 setakat ini telah diterima sebanyak 39,000 unit. 65% daripadanya adalah varian teratas iaitu AV.
Selain itu, Perodua juga memberitahu bahawa 70% daripada pembeli menambah kit badan GearUp yang bernilai RM 2,500.
Apapun, Perodua telah mengesahkan bahawa mereka hanya akan memasang Alza 2022 sebanyak 3,000 unit sebulan. Jadi dengan tempahan sekitar 39,000 unit, tempoh menunggunya kini berada di antara 8 ke 10 bulan.
Tetapi dengan Alza dan Aruz berkongsi landasan produksi yang sama, keluaran Alza 2022 mungkin dipertingkatkan kepada 4,000 unit setiap bulan kalau produksi bulanan buat Aruz dikurangkan.
Walau bagaimanapun, Dato’ Sri Zainal berkata bahawa Alza hanya akan menganggu 3% daripada jualan Aruz.
Menariknya, bagi sesiapa yang menempah Aruz, tempoh menunggunya tidak sampai 3 bulan.
Juga baca: Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}