window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV!

Khairil ยท Aug 12, 2022 06:00 PM

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV! 01

Syarikat pengeluar motosikal tempatan, Aveta 'melanggar' pasaran 'Super moped' tempatan menerusi pelancaran Aveta SVR 180 (2022), bulan lalu dan mengikut perancangan, jenama berpangkalan di Klang, Selangor itu dijadual melancarkan satu lagi model tahun ini.

Tidak lagi bersesaran dalam segmen 'kapcai', model yang dijadual dilancarkan sekitar Oktober nanti itu adalah segmen 'Sportbike' bersesaran 250 cc.

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkembangan menarik itu diperoleh dalam satu sesi bertemu media oleh Aveta, baru-baru ini.

Apa yang menarik, sebagai jenama tempatan, 'Sportbike' 250 cc yang bakal dilancarkan itu nanti dikatakan akan berada pada harga yang kompetitif iaitu di bawah RM 20k. Begitupun, perincian lanjut mengenainya tidak dapat didedahkan.

Juga baca: Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka!

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV! 01

Selain model 'Sportbike', ada lagi perkembangan lebih menarik apabila Pengarah Urusan Aveta, Hon See Long dalam sesi ringkas itu turut mengesahkan syarikat itu merancang untuk melancarkan tiga lagi model pada tahun depan termasuk yang dinanti-nantikan, skuter bergaya 'Adventure' atau ADV selain 'Scrambler'.

Aveta sebelum ini mencipa sensasi apabila memaparkan poster sebuah skuter ADV 150 cc dalam laman Facebook rasminya tahun lalu.

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV! 02

Jika melihat kepada reka bentuk, skuter ADV berkenaan cukup mirip dengan skuter ADV keluaran China iaitu Dayang ADV 150. Tetapi tidak diketahui apa yang berlaku, model berkenaan kekal menjadi 'poster' di media sosial.

Lanjut mengenai Aveta, syarikat yang mengakui masih 'mentah' di pasaran tempatan itu sebenarnya sudah memiliki beberapa model di pasaran iaitu kapcai bergaya 'retro', Aveta VS110 dan V13R.

Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV! 03

Dan bercakap mengenai kebimbangan pengguna mengenai isu alat ganti dan sebagainya, Aveta berkata syarikat itu ketika ini memiliki lebih daripada 100 pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sawarak yang turut menjalankan khidmat selepas jualan.

Juga baca: Aveta Ranger 110 kini di pasaran, Harga RM3,586 (OTR)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda