![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 01]()
Pilihan bagi motosikal kapcai mampu milik di pasaran negara bertambah dengan kehadiran model terbaharu dari Aveta, Aveta Ranger 110.
Ia adalah model ketiga daripada Aveta Global Marketing Sdn. Bhd dan dijual pada tanda harga menarik, RM3,546 seunit di atas jalan (OTR) termasuk insurans.
![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Motosikal yang mempunyai rekaan agak unik berkenaan sudah mula diedarkan kepada kira-kira 70 wakil jualan di seluruh negara.
Aveta Ranger 110 dipasang secara tempatan (CKD) di kilangnya di Setia Alam bersama dua model terdahulu, DY90 dan RX110.
![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 01]()
Motosikal ini dikuasakan dengan enjin empat lejang satu silinder bersesaran 110cc dengan sistem penyejukan udara dan transmisi empat kelajuan.
Kuasa yang dihasilkan adalah 7.8Hp pada 7,500rpm dan tork maksimum 9Nm pada 5,500rpm. Ia dilengkapi tangki minyak berkapasiti 3.5 liter.
![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 02]()
Selain itu, ia menggunakan sistem penghidup elektrik dan tendang dengan sistem pencucuh CDI.
![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 03]()
Aveta Ranger 110 menggunakan saiz tayar 2.25 dengan rim 17 (depan) dan 2.50 bersama rim 17 (belakang) dipadankan dengan sistem brek jenis gelendong di depan dan belakang.
![Aveta Ranger 110 kini dipasaran, Harga RM3,586 (OTR) 04]()
Aveta Global Marketing ketika ini dikhabarkan sedang menguji beberapa model baharu untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun depan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen