Honda Civic e:HEV ialah varian tertinggi bagi Honda Civic (FE) serba baru di Thailand. Civic Hybrid sedan ini didebut secara global di negara itu pada Mac lalu, namun pembeli di Singapura mungkin perlu menunggu sehingga tahun 2023 untuk ketibaannya di republik itu.
Memetik laporan CarBuyer, penangguhan pelancarannya di Singapura adalah disebabkan oleh masalah penghasilan yang sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan bekalan cip semikonduktor. Civic spesifikasi Singapura diimport sepenuhnya dari Thailand dan Civic versi hybrid yang akan datang itu nanti besar kemungkinannya akan turut dibawa masuk dari sumber sama.
Hanya ada satu varian Civic yang dijual di Singapura iaitu 1.5 liter DOHC VTEC Turbo (129 PS/180 Nm) dan harganya bermula dari SGD 164,999 (~RM 533k).
Pengedar kenderaan Honda di Singapura, Kah Motors, mendedahkan yang Civic Hybrid tergolong dalam Category B COE iaitu untuk kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada 1.6 liter. Oleh yang demikian, harga bagi Civic Hybrid itu nanti, termasuk COE, mungkin akan melonjak naik berbanding varian petrol.
Civic Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol berkitaran Atkinson 2.0 liter dengan dua motor elektrik – sama seperti Accord Hybrid di Thailand. Janaan kuasa apabila digabungkan bagi Civic Hybrid spesifikasi Thailand ialah 184 PS/315 Nm. Namun, model spesifikasi Singapura mungkin akan mengekalkan angka yang asal.
Di Malaysia pula, nampak gayanya Civic Hybrid lambat laun akan tiba di sini memandangkan model itu diperkenalkan di sini sejak generasi FD lagi. Bagaimanapun, masalah rantaian bekalan yang masih berterusan seperti kekurangan cip dijangka akan melambatkan lagi debut Civic Hybrid di Malaysia.
Juga baca: Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak!
Apa-apa pun, kita boleh jangkakan yang Civic Hybrid akan dijual pada harga lebih mahal berbanding Civic RS yang bermula dari RM 150,700. Oleh itu, jangan terkejut jika anda terpaksa membayar harga lebih tinggi daripada RM 150k bagi varian hybrid itu nanti.
Juga baca: Meleleh & harga RM 144k, Honda Civic RS 2022 betul-betul berbaloi atau 1.5 V dah cukup padu?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}